? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Monday, May 27, 2013

Maaf, Blog ini telah berpindah ke blog yg baru, virus bermaharajalela..

sila ke : http://mukminahmaisarah89.blogspot.com/

semoga perkongsian ini bermanfaat, InsyaAllah..

Saturday, August 4, 2012

Contemplation of my love



Everyone has made mistakes in life. 
But every person is entitled to change. 
However, whatever we do,
Don't do it because of other people
but
changed because of God...

If he is returned to you, he is your destiny
But
if he never comes to you
Get ready, there are still many men who appreciate you

Let him find a lot of mistakes of you,
One day, he would realize how he lost someone so precious in life

If he love you because of reason, forget him...
He will not love you forever....
But
If he really love you because of Allah, Insya Allah, he is the right person for you

So, love Allah before you love someone
Because Allah didn't kill our heart
Allah will show you the best soulmate in your life who can accept you as you are
And changed together to be perfect partner because of Allah

Don't look back again.
Don't be sad anymore.
Don't cry for someone who no longer needs you.
Move forward to rebuilding your life.

You will never alone because Allah always by your side.





(beeyazeeda)

Sunday, April 22, 2012

Kerana aku belum solat


Aku bukanlah ingin mengarang sebuah cerpen yang indah jauh lagi untuk mengarang sebuah novel. Namun, apa yang ingin diselitkan dalam cerita ini adalah pengalaman. Pengalaman yang membawa pengajaran bagi hambaNya yang sentiasa berfikir.

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi, semoga kita sentiasa beroleh berkat dan keredhaan dariNya. Sebuah kisah yang datang dari naluri hamba yang lemah disisi Allah juga pengalaman diri ini yang datang melalui sebuah mimpi sebagai peringatan untuk hambaNya yang sering leka dan lalai. Astaghfirullah hal’azim.

Tatkala diri ini sangat keletihan membuat kerja disiang hari, sebagai seorang mahasiswa dan juga pekerja part time sudah tentu badan ingin memerlukan rehat yang secukupnya. ‘Akal yang sihat bermula dari badan yang sihat’. Kisah ini bermula sewaktu diriku pulang dari program. Entah mengapa diri ini begitu letih tidak seperti sebelum-sebelum ini yang masih dapat bertahan walaupun aku mempunyai tanggungjawab yang banyak.

Setelah selesai solat zohor aku terus terlelap di atas sejadah bersama telekung yang masih belum kutanggalkan, tangan ini tidak mampu berbuat apa-apa setelah mata sudah mulai pejam. Aku langsung tidak sedar sehigga asar, seolah-olah seperti pengsan. Menurut sahabat serumahku dia telah mengejutku untuk menunaikan solat asar. Namun sedikit pun tidak aku menunjukkan reaksi bahawa aku telah tersedar sehingga hampirnya waktu maghrib.

Bermulanya kisahku di alam mimpi, ketika itu aku sungguh bahagia bersama-sama sahabatku, bergelak tawa bersama, kami bersembang bersama. Disebalik sebuah rumah yang usang itu terdapat  sebuah bilik yang mana  sahabat-sahabatku dan aku berada di situ. sahabat-sahabatku yang bagiku mereka sentiasa mengingati Allah. Aku sempat bersolat zohor berjemaah bersama-sama dengan mereka. Setelah puas bersembang kami mahu keluar kerana asar sudah pun tiba waktunya, salah seorang dari sahabatku mengajak untuk menunaikan solat asar di luar dan mereka ingin keluar dari bilik tersebut termasuklah aku.

Aneh! Aku memandang di luar bilik, melihat di luar, sungguh kehairanan ruang ditengah seperti rumah yang tidak siap, terdapat lebih tiga batang kayu panjang yang besar di bahagian atas dan di lantai, batu bata yg bersepah, air yang lecak. Aku mula berfikir, bagaimana tadi aku dapat masuk ke bilik bertemu dengan sahabat-sahabatku dengan keadaan ruang yang kemas?

Seorang demi seorang sahabatku keluar dengan senyuman, aku pelik melihat mereka, dengan mudahnya mereka melalui jalan tersebut dengan mengangkat sendiri kayu yang besar dibantu oleh seseorang yang aku tidak kenali. Tetapi malangnya aku, aku cuba untuk mengelak dari kayu-kayu tersebut, tetapi tidak boleh, orang itu sudah tiada. Ya Allah.. aku cuba untuk melalui tempat-tempat yang lain, tetapi tidak lepas, sahabat dibelakangku melihatku dan hanya diam dan tunduk terus berlalu pergi dengan mudahnya. Tetapi kenapa aku tidak boleh, setiap kali aku cuba hendak keluar ada sahaja halangan. Aku mula rasa sebak dan ingin menangis, aku tidak dapat keluar dari rumah tersebut dan mengikut mereka. Adakah mereka ingin meninggalkanku keseorangan di sini? Aku mulai rasa takut dan tidak tentu arah.

Aku hanya dapat melihat mereka solat berjemaah dari jauh, hatiku menangis dan terasa sesuatu, kenapa aku yang tidak dapat lepas, apa salahku? Allah.. tiba-tiba, salah seorang dari sahabatku memanggil-manggil namaku berulang kali, akhirnya  senyuman mula mengukir dibibirku, aku mula menyahut panggilannya dan…… terus mataku terbuka dan terbangun dengan keadaan tersentak!

ALLAH! Aku bermimpi, rupa-rupanya sahabatku yang sedang memanggil-manggil namaku mengejutku dan memberitahu bahawa maghrib hampir tiba, astaghfirullahal’azim, aku terus bangun mengambil wudu’ dan terus menunaikan solat asar. Patutlah aku tidak dapat solat bersama mereka, kerana aku belum solat asar.

Alhamdulillah, aku punyai kawan yang sentiasa mengingatkanku, aku bersyukur kerana disebalik setiap kejadian ada hikmahnya. Mimpi itu sehingga saat ini masih dalam ingatan untuk aku sentiasa beringat SOLAT itu TIANG AGAMA…
Wallahu’alam.


Siapa Kita


Siapa kita untuk kata tidak…?
Siapa kita untuk kata tidak, aku belum bersedia?
Siapa kita untuk kata tidak, aku tidak baik?
Siapa kita untuk kata tidak, aku tidak pandai?
Siapa kita untuk kata tidak, aku tidak cantik?
Siapa kita untuk kata tidak, aku tidak kacak?
Siapa kita untuk kata tidak, Dunia ini tidak adil?
Siapa kita untuk kata tidak, Allah tidak adil?

Siapa kita untuk kata tidak mahu…?
Siapa kita untuk kata tidak mahu mengenal Allah?
Siapa kita untuk kata tidak mahu mengikut sunnah Rasulullah?
Siapa kita untuk kata tidak mahu  solat lima waktu?
Siapa kita untuk kata tidak mahu membaca Al Quran?
Siapa kita untuk kata tidak mahu berpuasa di bulan ramadhan?
Siapa kita untuk kata tidak mahu menututup aurat?
Siapa kita untuk kata tidak mahu pakai tudung?
Siapa kita untuk kata tidak mahu belajar?
Siapa kita untuk kata tidak mahu tua?
Siapa kita untuk kata tidak mahu mati?
Siapa kita untuk kata tidak mahu berdamping dengan ulama’ & sahabat-sahabat yang soleh?
Siapa kita untuk kata tidak mahu  bantu orang yang memerlukan kita?

Kita hanya….
Kita hanya hamba.. Hamba kepada Allah…
Kita hanya insan yang lemah disisi Allah…
Kita hanya manusia yang berasal dari tanah
Kita hanya datang di dunia ini ada sebab dan tujuannya..
Kita hanya ada dua lorong…
Syurga dan neraka..

Pabila kita memilih syurga…
kita perlu bersedia dari sekarang
kita perlu berusaha menjadi lebih baik
kita perlu berusaha menjadi pandai
kita perlu bersyukur di atas ciptaan Allah
kita perlu yakin di atas ketentuan Allah
kita wajib mengenal Allah
kita wajib mengenal Rasulullah
kita wajib solat lima waktu
kita wajib berpuasa di bulan Ramadan
kita wajib menutup aurat
kita wajib belajar
kita sentiasa membaca Al Quran
kita sentiasa berdamping dengan orang yang soleh
kita sentiasa membantu orang lain di saat kesusahan
dan..
kita perlu percaya bahawa mati itu adalah benar
akhirat itu adalah benar
syurga itu adalah benar
neraka itu adalah benar
beruntunglah kita jika kita dikalangan orang yang sentiasa mengingati Allah





Friday, March 16, 2012

Sakit itu

     
       Assalamualaikum dan salam ‘to pup’ iman. Kehadapan keluargaku, sahabat-sahabatku dan para pembaca yang dikasihi, semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat dengan izinNya. 

           Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah kerana Allah masih lagi memberi nyawa kepada kita untuk kita menghirup udara yang segar dan mencari ‘ma’rifatullah’(mengenal Allah). Hari ini sudah masuk seminggu diri ini batuk tidak henti dan demam di perantauan. Tiga hari tidak dapat hadir ke kuliah dan program-program diwaktu cuti. Tapi Alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan kepadaku untuk menulis. Mula terfikir, bila sihat dimanakah nikmat yang kita gunakan? Allah… 

           Anda pernah sakit? Jika ya beruntunglah, dan bersyukurlah. Jangan sesekali kita merasa keluh di atas sakit kita, ingatlah ada sesuatu yang terbaik dariNYA mengapa dia memberikan kita sakit. Allah sangat kasih kepada hambaNYA. Sakit itu kaffarah dosa yang lalu, Allah mahu tegur kita. sakit itu juga Allah mahu kita rehat. Dan sakit itu juga Allah mahu kita sentiasa ingat dan sebut namaNYA. 

“Dan segala nikmat yang ada padamu datangnya dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (AnNahl: 53) 

          Perasankah kalian dengan sakit ini Allah telah memberi kekuatan luar biasa buat kita. Walaupun kita tidak lalu untuk makan, kita tidak mampu bangun seperti biasa, namun Kita mampu istiqamah setiap hari untuk bangun di tengah malam, kita masih lagi mampu untuk menunaikan solat lima waktu, kita sebenarnya mampu untuk menyebut namaNYA, Allah, Allah, Allah. 

         Pabila Allah memberi nikmat sihat kepada kita, adakah kita sentiasa sebut namaNYA? Adakah kita sempat untuk solat tahajjud? Adakah kita gunakan nikmat sihat kita ke arah kebaikan? Adakah kita membantu orang-orang yang ditimpa musibah? Adakah kita sedar bahawa Negara umat islam sekarang ini, Syiria yang banyak telah syahid dan terbunuh? di sembelih, ditembak, Allahu Akbar.. 

         Sangat –sangat sedikit untuk kita mengingatiNya bila waktu kita sihat, lebih ramai yang gunakan waktu untuk bersuka ria, leka dan lalai di dunia, na’uzubillah. Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dan tergolong dalam orang-orang yang sentiasa mengingatiNYA. 

         Doa itu tiang agama, berdoalah kita memohon kepada Allah yang Esa semoga usia kita diberkati Allah, walaupun singkat hidup kita di dunia namun kita telah membuat sesuatu yang besar ganjarannya disisi Allah. Berdoalah moga diberi kesihatan yang baik semoga kita mudah untuk bekerja dan membantu untuk islam agama kita. Bersabarlah kita di atas ujian yang Allah beri. 

Katakanlah (Muhammad),“wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhanmu.” Bagi orang –orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas. (Az Zumar:10) 

       Segala isian ini adalah ingatan buat diriku juga. Guna dan ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, gunakanlah nikmat sihat kita sebelum datangnya waktu sakit kita. Doakan saya sahabat-sahabat semoga saya diberi kesembuhan dan dapat meneruskan pengajian di bumi syam ini dengan sebaiknya. Semoga Allah berkati kita semua. Amin. Wallahu’alam.

Friday, February 24, 2012

Yang Terindah..


Dlm setiap diri manusia itu ada diri yg terindah
Tak perlu resah
Tak perlu gundah

Dlm setiap diri manusia itu ada kelebihan tsendiri
Tak perlu iri
Tak perlu rendah diri

Dlm diri manusia itu tiada yg sempurna
Tak perlu hina
Tak perlu cerca

Dlm diri manusia itu tiada yg kekal abadi
Kalau Allah kehendaki
Semuany ditarik kembali

Dlm setiap diri manusia juga ada rasa ingin bahagia

Namun ada rasa murni yg sukar subur dlm hati
Ambillah waktu bmuhasabah diri
Utk renung dan cari

Sunday, February 19, 2012

Syria Maafkan Aku!




[Syiria dan dunia]


Barangkali itulah Syiria,
sekeping kertas carik sepi,
di atas meja kayu jati,
minta ditulis kata simpati

Barangkali itulah aku,
sebatang pena kaku,
diam sepi di dalam saku,
menulis untuk meminta laku,

Barangkali itulah Syiria dan aku,
sekeping kertas carik dan pena kaku,
minta ditulis kata simpati tapi tidak laku,
di atas meja kayu jati,
dan aku masih di dalam saku

Barangkali itu duka,
di atas hati yang tahu,
minta dibuat sesuatu,
tetapi jari jadi beku,
dan lidah keras kematu

Syiria, maafkan aku.

(kredit by Bahruddin Bekri-Penulis novel)