? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Saturday, February 21, 2009

TeRcEMaRnya KeSuCiaN POLITIK

Assalamualaikum, SaLam Pembuka Bicara...

Wah.., kelihatan bz nampak sahabt2ku.. kat tangan, dalam poket, dlm beg, dlm fail penuh dengan iLmu2 untuk dicurahkan dalam exam nanti.hmm, dalam exam je ker nak curah?? tanya diri masing2 ye termasuk lah ana ni..:) minggu exam ni tak sah kan kalo kat tangan tu tak pegang nota2 ringkas sebelum masuk exam.. mesti pegang punya sampai ade yang nak berjalan ke pkk atau dpu pun mesti baca tak tengok kiri kanan dah,hehe...Sape tu?

Sebenarnya diri ini cuba nak istiqamah dalam penulisan blog walaupun sekarang kita sedang jihad dalam peperiksaan akhir, tetapi b'dasarkan kemampuan diri, mmg ana x sempat utk berkongsi pendapat dan pandangan bersama kalian tentang isu2 terkini dan yang berlaku di perak sekarang ni.. Bagi ana ia memang perlu diambil serius.. Maaflah kerana agak ketinggalan dalam memberi pandangan tentang isu di perak ini..wpun lmbat, tetapi itu bukan bermaksud ana langsung tidak mengmbil tahu tentang isu ini. cuma tak sempat nak sampaikan di blog je.. Apepun berdakwah tetap terus beRjaLan, takde perhentian daa...

Adus, tengok berita kat tv, internet, paper kosmo,utusan, b,harian, migguan.. ape lg? sumanya isu yg berlaku di pEraK. tetapi adakah kita perasan? Kebanyakannya berita yang disampaikan itu lebih berat sebelah dan melebih-lebihkan yang salah dari yang sebenar. "Jadi dah semuanya tak benar kite p'lu baca ape?? x pyh la nak sibuk2 tahu.. kita kan s2dent lg hal pemimpin tuu biarlah diorang settle kan, matlamat kita skarng ni blajar!" Subhanallah! ade jugak orang spt ini ye. semoga kita bukan jenis kalangan spt itu.. Sedarlah wahai umat seisLam ku, banyak lagi sumber yg kita boleh dapat sebenarnya, cuma nak ngan xnak cari je.. hmm, kaji balik yer..


Sebuah Politik yang cantik dan dikagumi sewaktu zaman Rasulullah s.a.w dahulu sangat dipuji oleh para sahabat dan semua umat isLam maLah orang bukan islam pun memuji cara kepimpinan Rasulullah berpolitik. kita boleh lihat, Fazlur Rahman (1982) sependapat dengan Thomas W. Arnold (1965) menyimpulkan bahawa masyarakat Madinah yang dipimpin oleh Muhammad (s.a.w) merupakan suatu negara dan pemerintahan (kerajaan) yang membawa kepada terbentuknya suatu Negara Islam yang pertama dan sebagai titik permulaan berdirinya organisasi politik dalam sejarah islam bahkan sejarah politik dunia.


Sebenarnya politik ini bersih, suci.. tetapi sayang, ia telah 'diragut' oleh pemimpin yg ala2 gagah kononnya, abes semua rosak! Sekular sudah beranak pinak! Merasakan diri mereka lah pemimpin yang berkaliber! sebab itu lah politik yang suci ini menjadi PoLitik kotor! Wpun Perak diambil oleh mereka tapi yakinlah kpd Allah, jika kita di pihak yang benar, daulah islamiah pasti bangkit! Semoga Allah yang Maha Kuasa akan beri ganjaran terhebat buat hambanya yang thabat dalam memperjuangkan agama Allah,Insya Allah, amin.

Sebenarnya perkara yang terjadi spt di Perak ni pernah diberitahu oleh seorang sahabat ana sebelum pilihanraya di Terengganu lagi. Dia cuma bagitahu kat ana bahawa akan ada pergolakan selepas pilihan raya di Terengganu, hmm? Ana xnak berbicara panjang, anggaplah ini sebagai ujian bagi seseorang yang ikhlas memperjuangkan agama Allah.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka)." ( Surah Al-Ankabut, ayat 2-3).

Wahai sahabatku, syabab, pemuda pemudi Islam, prihatin lah kita terhadap isu politik bukan hanya di perak je, tp di mana-mana, di sekeliling kita. Ya! ramai yang kata ini hanya mainan politik, x payah lar nak sibuk2. Tapi sedarkah kita?? kita adalah pelajar, pemuda yang menuntut ilmu, yang masih gagah dan kuat, merupakan peneraju masa akan datang. Jika kita tidak menghiraukan tentang isu ini, seolah-olah kita telah memberi peluang yang besar kepada pemimpin yang m'anggap diri mereka kononnya sebagai hero yang berwawasan dengan kehebatan rasuah yang mereka gunakan hanya untuk berada di takhta dunia? Na'uzubillah. Sahabatku... adakah pemimpin seperti itu yang kita mahu??? Walhal kalian juga amat gerem dan benci. Hukum-hakam islam dipermainkan sewenangnya.

Politik sekarang memang sudah 'nazak'? hm, bukan politik yang nazak sebenarnya, tapi orang yang bermain tipu dengan politik ini yang menyebabkan ia seperti tidak boleh diubati daa.. Ingatlah, janji Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, mati itu benar. Suatu hari pasti akan ada satu penawar yang paling mujarab untuk selamatkan dunia ini. Semuanya berlandaskan syariat islam. Tiadalah sistem demokrasi lagi. Akan datang satu khalifah islam yang akan mengembalikan daulah islamiyyah. Tiada lagi sekularisme, ideolisme, nasionalisme, kapitalisme, hedonisme(keseronokan), sosialisme dan ape je lah yang me. Islam Hadhari mcm mana plak?hmm, tanye lah diri masing2 yer...

Wahai sahabat2ku dan para pemimpin islam, marilah kita bersihkan maruah politik yang sebenarnya sangat dikagumi ketiga zaman Rasulullah SAW. Semoga perjuangan kita ini sentiasa dirahmati, dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
wassalam.
opps... p/s: "walaupun bukanlah titisan darah yang mengalir dari bilahan mata pedang di medan perang, tetapi hanya sekadar titisan dakwat dari sebatang mata pena di atas helaian kertas, namun ianya tetap b'harga &b'nilai disisi Allah, Jika segala-galanya utk FISABILILLAH! saLam jihad fil imtihan.."