? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!
Showing posts with label iLmu. Show all posts
Showing posts with label iLmu. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?


Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, October 6, 2011

Perkongsian Mutiara hati


Ukhwah
Kadangkala kita perlu mengalah...
Mengalah tak bererti kalah...
Ianya bukan tentang betul atau
salah...
Ianya tentang ukhwah....
Selagi mana tidak bertentangan dengan Allah...



MilikNYA
Kita mungkin boleh melakar peta perjalanan...
Tapi kita tak boleh tahu sampai mana penghujungnya...
Kerana landasan yang digunakan untuk sampai ke destinasi adalah hak milik-Nya...
Bahkan kita dan setiap isi alam adalah hak milik-Nya...

... Kutip, bawa, guna dan upgrade ilmu, iman & amal
sepanjang persinggahan yang dilalui...
Dan mulakan langkah dengan nawaitu kerana Ilahi...
Itulah sebaik-baik pengembara yang bergelar Hamba Allah...

(sekadar madah berhikmah buat renungan diri & semua)
HASIL NUKILAN DARI UKHTI AL ADAWIYAH.. KAKAK SY.. =)

Friday, June 17, 2011

Gerhana Bulan *lihatlah yang tersirat*


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحاته ، ولكن يخوف الله بهما عباده ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله ، وكَبِّرُوا ، وصَلُّوا ، وتصَدَّقُوا ، حتى ينكشف مابكم – رواه البخارى ومسلم عن عائشة

Bahawa matahari dan bulan adalah dua tanda kekuasaan Allah, gerhana matahari dan bulan bukanlah tanda kematian seseorang tetapi sebagai tanda supaya hamba-hamba Allah takut kepada Allah, Maka apabila melihat gerhana hendaklah kamu berdoa, bertakbir,melakukan solat dua rakaat sehingga hilanglah apa yang telah berlaku.
Kitab Tahziful At-Raful hadis.m/s;87.
__________________________________________________
Assalamualaikum sahabat2.. :)
Apa khabar imanmu hari ini? Semoga kita semua sentiasa menambah amal soleh & sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt yang Maha Agung...
Sungguh, kekuasaan Allah adalah segala-galanya.. Dialah yang menciptakan Alam ini dengan cantik & indah sekali. Semuanya besebab dan mempunyai hikmah yg sangat bernilai jika kita benar-benar menghayatinya.. Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. Aku bersyukur padaMu.


Unik kan kejadian yang Allah ciptakan ini. Bagi hamba Allah yang sentiasa mengkaji Alam ini & berfikir tentang kekuasaanNya.. Disitulah kita sentiasa bermuhasabah betapa kerdil dan hinanya kita disisi Allah.. Ya Allah, aku memohon ampun padaMu..

Sepintas lalu, untuk kita refresh semula sewaktu belajar bab gerhana di sekolah dahulu.. bagaimanakah gerhana bulan terjadi? erm..

Cuba sahabat2 perhatikan gambar di atas dimana gerhana bulan terjadi apabila ia tersusun pada garis lurus.. Subhanallah...

Sebagai seorang muslim, apakah kita hanya melihat keunikan gerhana itu sahaja? Apa yang kita harus lakukan jika melihat gerhana bulan atau matahari ini terjadi di tempat kita? Jom sahabat2 kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana ini...

Semoga kita semua mendapat manfaat & maghfirah dariNya. Amin. selamat beramal.. =)
Wassalam.

Sunday, June 5, 2011

10 pintu SYAITAN masuki diri manusia



Assalamualaikum shbt2... =) apa khabar imanmu..? Moga semakin mantap.. emm, IMAN? boleh yazid dan boleh yanqus.. jadi moga kita semua sama2 sentiasa bermuhasabah diri setelah apa yg kita lakukan di dunia ini yang penuh kelalaian... kecuali..

Ia juga peringatan buat diriku yang tak lepas dari melakukan kesilapan & kesalahan... Hmm sahabat2 nak tahu..? Sebenarnya Malaikat dan syaitan sentiasa berlumba-lumba menguasai hati manusia. Syaitan? sentiasa sesaat mahu menawan pemilik hati itu terutama sekali umat islam agar melanggar perintah Allah.. Mereka sangat suka lihat kita tak pakai tudung, tidak solat, menipu, berzina, pergaduhan sesama muslim.. smuanya hanya kerana inginkan pangkat kemewahan dunia... Astaghfirullahal'azim.. Na'uzibillah..

Hmm, saya pun nak tahu jugak apa lah pintu yg syaitan dpt masuk dalam diri kita ni.. Jom shbt2 kita tengok...: -
  1. Sifat sombong & angkuh: Allah berfiman yg bermaksud: "jangan engkau memiringkan pipimu terhadap manusia krn kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yang berlenggang dlm perjalanannya krn sombong & bermegah-megah" (surah lukman:18).
  2. Sifat bakhil & kedekut: Firman Allah yang bermaksud: "sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendakiNya (menurut undang2 & peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkan. Sesungguhnya Dia Maha Mendalami PengetahuanNya lagi maha melihat akan hambaNya" (al-israk:30).
  3. Sifat Takbur apabila dia merasakan dirinya sudah lengkap: Firman Nya: Sesungguhnya orang yang sombong mnymbhKu, balasannya ialah neraka & akn rasa terhina." (al mukmin:60).
  4. Sifat Riak & suka dipuji: Rasulullah bersabda, maksudnya: "3 perkara yang membawa kecelakaan ialah org yang kikir & disegani, org yag mengikut hawa nafsunya dan org yang bangga dgn dirinya sendiri..
  5. Sifat Hasad dengki: Rasulullah juga bersabda yg b'maksud: Hindarilah kamu drpd perbuatan hasad kerana dpt memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering".
  6. Sifat suka memandang remeh kpd orang lain: Abu Umamah pernah meriwayatkan: "3 orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu & imam yang adil."
  7. Sifat ujub atau bangga diri.
  8. sifat suka bersenang lenang: Menurut Imam Ahmad(diriwayatkan oleh Abu Naim drpd Muaz Jabal) bermaksud: "jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang lenang shj."
  9. Sifat suka berangan-angan. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha sedaya upaya bg memperoleh kesenangan, selepas berusaha & berikhtiar itu lah Islam meminta umatnya bertawakkal & menyerah kpd ketentuanNya.
  10. Sifat suka berburuk sangka. Rasulullah bersabda, bermaksud: "nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. sebenarnya org yang berkata itulah yang paling rosak" (Riwayat muslim).
Apabila hati sudah bertaut dgn sifat mazmumah akan mudhlah syaitan menyesatkan manusia. Smoga kita dijauhkan dari segala sifat yang dibenci Allah itu..Amin.. sentiasalah kita menyebut "Aku berlindung dari Syaitan yang direjam". wassalam.

Saturday, April 3, 2010

Masihkah ada lagi???


"Kakak... kalo adik dah besar nanti kan, adik nak jadi pemimpin seperti 'Umar Abdul Aziz'!

..........................................................................................................................................................................

MasyaAllah, aku betul-betul terharu di atas kata-katanya.. sambil melihat dia memegang buku karya Abdul Latip Talib... Bagiku budak sekecil itu pasti sudah seronok dan riang ria bermain di padang permainan bersama kawan-kawannya...

Aku cuba mula mengingati, kisah Umar yang pada ketika itu Umar Abdul Aziz adalah khalifah pada zaman bani Umaiyyah yang sebelum ini sudah 7 pemimpin yang memerintah pada zaman itu dan kemudian diturunkan wasiat oleh khalifah Sulaiman kepada Umar Abdul Aziz. Seingat aku, beliaulah yang banyak memberi khutbah keagamaan berbanding sebelum pemerintahannya. Tiba-tiba juga serta merta aku terfikir yang aku perlu membuat kajian. Lebih senang disebut latihan ilmiah/tesis Subjek Bahasa Arab sebagai syarat untukku graduate nanti... Cuma perlu diolah di dalam Bahasa Arab..

Sejak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, telah banyak beliau membuat perubahan. Semuanya berpandukan Al Quran dan As Sunnah dan sangat menjaga kebajikan rakyatnya.. Dengan kepimpinan beliau yang sangat adil dan telus dalam semua perkara menyebabkan semua masyarakat pada ketika itu sangat menyenanginya dan menyayanginya...

Namun, masihkah ada lagi pemimpin yang sangat menjaga kebajikan rakyatnya? orang miskin tidak ditindas? Orang kaya yang pemurah? pegawai, penolong atau siapapun dia sangat menjaga solat? Berbalik pada dunia hari ini yang penuh noda dan nafsu.. Yang mampu melawan hanyalah iman dan Taqwa. Namun, yang ada hanyalah segelintir...

Zaman sekarang sudah berubah.. tetapi ISLAM yang satu kan tertegak di puncaknya. Allah Maha Menguasai di atas tiap segala sesuatu... Biar di mana pun kita, hidup mestilah berlandaskan syariatNya..

Wahai sahabat, kita ummat akhir zaman... adakah kita, sama ada pernah jadi pimpinan, mahupun membuat tugasan bawahan, kita berlaku adil dalam setiap gerak geri..?? Segala ketidakpuasan hati, dengki, fitnah, menghina tanpa usul periksa adakah menyelubungi di hati kita?? para ulama' di caci, para ustaz di hina, para dai'e dijauhkan.. ibu bapa tidak lagi dihormati.. segala nasihat kita cuba endah tidak endah sahaja... Maksiat berleluasa, rasuah di sana sini.. Na'uzubillah...

Sahabat-sahabat, Islam menuntut kita menegur perbuatan seseorang yang melampaui batas, sama ada dia pemimpin ataupun rakyat jalanan, sesungguhnya Rasulullah pernah berkata, 'Agama itu Nasihat'.

Tidak syak lagi Islam agama yang Hak dan akan menguasai kembali dunia. Daulah Islamiyyah pasti terbentuk!

Semoga negara kita dapat lahirkan anak cucu cicit seperti 'Umar Abdul Aziz'!

At Tirmizi menceritakan khalifah Umar al Khattab berkata, "Daripada anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupaiku daripada segi keberaniannya dan memenuhkan dunia dengan KEADILAN."! (diambil daripada Novel 'Umar Abdul Aziz' karya Abdul Latip Talib).


Wassalam.

Thursday, August 20, 2009

Kerdipan RamadhaN...



Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi, semoga kita sama-sama bersyukur di atas nikmat islam yang diberikan Allah ini.. Gunakanlah kehidupan kita ini sebaik-baiknya dengan mendapat keredaan Allah swt.

Alhamdulillah, semoga kehadiran Cahaya Ramadan yang barakah ini, sama-sama kita dapat bersihkan jiwa kita dan secara tidak langsung dapat mentarbiyyahkan diri kita.. Gunakanlah bulan yang mulia ini sebaik-baiknya dan nasihat untuk semua dan ana sendiri, banyakkanlah kita muhasabah kembali setiap perkara yang kita lalui, berapa banyak kita dapat beri sumbangan untuk islam agama tercinta ini...

Khas buat tatapan sahabatku dan juga hamba yang lemah ini... :)

"Ramadan engkau adalah raja bulan,
Ketibaan mu setahun sekali,
Engkau sangat agung kau sangat mulia,
Padamu rahmat padamu berkat,
Berhimpun seluruh kebaikan.
Kedatanganmu membwa rahmat
Keberkatan dan keampunan
Pahala berganda
Doa dikabulkan
Begitulah keistimewaan
RAMADHAN.......
Dan agungnya...
Engkau disisi Tuhan...
Tapi kedatanganmu aku bimbang
Aku takut kalau
Tak dapat memuliakan
Dan tidak dapat mengagungkanmu
Lebih-lebih lagi aku yang memperdaya dan mencemarkan kebesaranmu
Sememangnya aku bimbang akan ketibaan mu
Pelbagai perasaan yg aku rasa...
Bagai ada sesuatu yang tidak kena
Rasa bersalah dan rasa berdosa...
Org lain terhibur dgn kedatanganmu tp lain pula aku bimbang selalu
...........................................................
Aku memohon padamu Tuhan dengan berkat engkau ya Ramadan
Agar ku dapat memuliakanmu...."
.................................................
Mawaddah d'hearty

Sunday, April 26, 2009

TERPIKAT DENGANMU!



ASSALAMUALAIKUM, salam nur mutiara dari penang...
Duhai sahabat, Seringkali diri ini terfikir... di manakah tahap keimanan kita dan ke arah manakah perjuangan kita sebenarnya???
Kadang- kadang kita tidak sedar, seolah-olah merasakan diri kita ini sudah berada di tahap yang ‘ok’. Tidak kiralah sama ada dari segi tingkah laku kita, amalan kita kepada Allah dan kepada masyarakat serta makhluk di muka bumi ini. Termasuklah penulisan dan cara penyampaian kita di blog ini... Adakah niat kita ikhlas untuk membantu agama Allah dengan menolong sahabat seislam kita di luar sana atau sekadar semangat hanya untuk orang mengenali kita dengan kehebatan menulis??
Sebelum menulis, iman ini sentiasa memperingatkan diri kita bahawa penulisan kita di sini juga adalah amanah daripada Allah jika kita benar-benar mahu menegakkan kebenaran ISLAM! Dan adakah sahabat sekalian sedar semakin kita banyak membaca dan menulis serta mengkaji terhadap ilmu-ilmu Allah ini, semakin kita merindui-Nya dan kita akan rasa betapa dekatnya diri kita kepada Allah, hati kita sangat2 mencintai Allah dan kita akan rasa terpikat dengan –Nya. Itu belum lagi amalan-amalan fardu dan sunat kita kepada Allah seperti solat 5 waktu, bangun malam solat sunat(qiamullail), berdoa, berzikir, bersedekah membaca, mengahafaz dan menghayati Al-Quran.

“ingatlah pada hari ketika kami panggil setiap umat dengan imamnya, dan barangsiapa yang diberikan kitab amalanya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”
Memang kita tidak dapat nak gambarkan dan cerita kepada orang lain bagaimana kita rasa betapa ‘zauqnya’ hati kita. Allah adalah setinggi-tinggi Mulianya. Justeru, jika kita menulis dengan berdasarkan pengetahuan agama yang luas, sudah pasti kita akan bersifat sederhana dalam semua perkara dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi-Nya.
Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2, apabila kita ingin mengajak orang kearah kebaikan, janganlah terlalu lembut dan terlalu keras. Namun, tarhib dan targhib itu tetap ada dan yang paling penting adalah dengan cara berhikmah seperti mana nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW. menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Hanya Dua pilihan kita, sama ada mahu lebihkan akhirat atau lebihkan dunia? Fikir-fikirkanlah... wassalam.

Thursday, November 27, 2008

Ya ALLAH, BerSiHkanLah JiWA KaMi



Assalamualaikum dan salam mahabbah,salam rindu buat ummi dan abah, kakakku, abangku dan adik-adikku yang comel,hehe serta tak lupa juga buat sahabat-sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang memasuki dalam ruangan ini. Semoga kalian sihat dengan izinNya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih mengizinkan ana untuk mengisi ruang dalam blog yang ala simple ni untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan saling mengingati antara satu sama lain. Kita sebagai hamba Allah tidak akan terlepas dalam melakukan kesilapan tanpa kita sedari dan tanpa kita bermuhasabah. Kadangkala kita terlepas pandang, leka dan lalai. Justeru, kita sendiri perlu belajar, memahami, berusaha mencari dan pergi ke usrah2 yang boleh mentarbiyah diri kita dalam membentuk peribadi seorang muslim yang sebenar dan mengamalkan dalam kehidupan seharian kita. Dalam mencari sahabat pula, sahabat amat penting buat diri ana kerana ana sendiri memerlukan sahabat iaitu sahabat yang solehah dan beriman. Ia juga umpama cermin buat kita. Ukhwah yang terjalin antara kita tidak akan terputus jika kita berlandaskan iman, dan dengan ukhwah yang kukuh inilah dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita. susah dan senang sentiasa berdamping dengan kita dan menegur kesilapan kita kerana sahabat menyayangi kita kerana Allah. Dengan ukhwah yang b'paksikan iman dan taqwa ini juga sebenarnya dapat melapangkan dan menenangkan jiwa kita. Ukhwah fillah abadan abada.. Terima kasih Ya Allah di atas pemberian nikmatmu.. hehe.. ni baru muqaddimah.. isi nya belum masuk lagi...
Untuk mendapat jiwa yg tenang, memang byk kaedahnya, cuma antara rajin dan malas serta niat dan amalan kita shj. Tepuk dada tnya iman kita, sejauh manakah kita sentiasa b'ingat kpd Allah?? Adakah setelah hati kita berasa susah dan gelisah? dan di manakah hati kita sewaktu kita b'senang lenang, adakah kita selalu ingat kpd Allah yg Maha Kuasa?? Wahai sahabat-sahabatku, tidak kira walau di mana dirimu berada sama-sama lah kita sentiasa b'ingat kpd Allah. Ajal dan maut di tangan Tuhan, bila2 sj kita boleh meninggalkan dunia yg fana ini. Justeru, sama2 lah kita bersihkan jiwa kita dengan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah.. Tetapi, bagaimana caranya??? Al Quran lah jawapannya.
Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas kita bukan hanya ujian semata-mata malah dapat mendekatkan diri kita dgn-Nya. Dalam kehidupan seharian sebenarnya kita tidak boleh lari daripada m'hadapi masalah yg timbul sama ada b'punca dari diri sendiri atau orang lain. Kadang-kadang kita akan rasa tidak sabar, cepat nak melenting, 'give up', dan bermcam-mcm lagi sehingga kita lupa kpd Allah. Di dalam surah Al-Nisa':8 yg b'mksd:"Allah meringankan bagi mu p'aturan2 agama dan manusia dan manusia itu dijadikan bersifat lemah." Maka, apa yang perlu kita lakukan??
Dr.Amaludin Ab. Rahman ada m'huraikan beberapa cara untuk menyucikan jiwa kita, antara amalannya:
  • solat wajib dan solat sunat
  • puasa wajib dan sunat
  • mengeluarkan zakat
  • menunaikan haji
  • membaca Al Quran
  • Berzikir dan berdoa
  • Muhasabah diri
  • Jihad, amar maaruf nahi munkar dll.
Firman Allah yang bermaksud," mereka yg mengingati Allah baik waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah engkau menjadikan ini dengan sia2..(surah ali Imran:191). Kehidupan kita ini tidak boleh lari daripada masalah dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah.
Aqidah merupakan asas kepada kita, dengan akidah, hati seseorang dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan. Dengan aqidah Islam juga akan menghasilkan manusia yang tenang jiwa raganya. Untuk mendapat fahaman yg sefikrah dalam memperjuangkan agama Allah kita mestilah bersedia jiwa dan raga terlebih dahulu. Jika kita slalu menyebut "tidak ada perjuangan kalau tidak ada pengorbanan" tetapi ana ingin tmbahkan lg tidak ada fikrah yang satu kalau kita tidak ada kefahaman jiwa yang sebenar.

Monday, October 27, 2008

HaTi Vs AkaL


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat, diharap hari yang barakah ini kita mendapat perlindungan, keberkatan dan keredaan daripada Allah s.w.t. Hati vs akal itulah blog pertama ku, Alhamdulillah, akhirnya ana mempunyai blog sendiri, syukran yg tidak terhingga buat ukhti mujahidah hayati yg banyak membantu ana dan sahabat2 ana dalam menghasilkan blog sendiri. blog ini adalah buat tatapan ana dan semua sahabat2.
Hati dan Akal sebenarnya sgt berkait rapat seperti langit dan bumi, ia tak boleh dipisahkan. Ia adalah kekuatan di dalam jiwa kita. Hati dan akal yang kita miliki sangat istimewa dan berharga buat diri kita yang lemah disisi Allah.
Di dalam Al Quran pun terdapat perbezaan antara hati orang yang beriman dan orang kafir.
firman Allah yang bermaksud:"Orang-orang yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kepadaNya"(Al=Anfaal:2).
Maksud di atas ini menggambarkan hati orang2 yang beriman. Bagi hati orang kafir juga terdapat di dalam Al Quran, Allah berfirman yang bermaksud,"Sesunggguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Al=Hajj"46).
Semoga Allah sentiasa pelihara diri kita dalam islam dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman, ameen.
Kita juga perlu bersyukur kerana dikurniakan akal fikiran. segala yang Allah ciptakan mesti mempunyai sebab dan tujuan untuk kita berfikir terhadap kurniaanNya. Kerana akal juga kita dapat membezakan antara sifat mahmudah dan mazmumah. Ana ada terbaca di dalam buku tentang islam dimana di dalam tulisannya ada tertulis "cahaya akal tidak dapat dipadamkan oleh sesuatu kecuali maksiat." cahaya akal ini diberikan kepada orang2 mukmin yang melihat sesuatu perkara dengan cahaya dari Allah yang dapat melihat sesuatu disebalik tutup yang halus. Fiman Allah yang bermaksud,"Barang siapa tidak diberi cahaya(petunjuk) oleh Allah tiadalah ia mempunyai cahaya walau sedikit pun." (An-Nur:40).
Justeru, sesiapa yang melakukan maksiat termasuklah diri ana yang hina disisi Allah, cepat-cepatlah kita insaf dan bertaubat. Rasulullah s.a.w telah bersabda"sesiapa yang melakukan dosa akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanya buat selama2nya."
Setakat ini ana dapat coretkan, InsyaAllah jika dipanjangkan usia memang byk lg ana mahu kongsikan untuk sahabat-sahabat semua. Semoga apa yang ana tulis ini juga dapat menjadi amalan untuk diri ana.
wassalam