? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Monday, March 16, 2009

AdaKaH AKU BanTah 'PPSMI'??



Assalamualaikum buat sahabat-sahabatku sekalian..


Hari demi hari semakin pantas masa berlalu, semakin pantas ajal kita akan tiba... Semakin banyak masalah yang mendatang. Namun, semua itu dunia... Tetapi, adakah masalah yang datang ini tidak berkait langsung dengan akhirat?? Fikirkanlah b'dasarkan iman kita.. Wahai sahabatku, Allah tidak akan menciptakan sesuatu tanpa sebab dan musababnya.. Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya...
Hmm, tajuk utama kita, Persolannya, adakah aku juga dikalangan orang yang menyokong membantah PPSMI ni?? Walaupun 'dah' lepas berdemonstrasi, namun 'Mansuhkan PPSMI' ni masih lagi terasa buat insan yang benar-benar anti PPSMI. Untuk pengetahuan umum 'PPSMI' ni bukan sekadar huruf jer yer, tapi ada maksud yang sangat mendalam, ha ape dia?? jangan seronok sebut je, PPSMI tuu.. 'Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam bahasa Inggeris'.
Ya Allah, cepat sungguh kan sekular ni makan diri kita. Ya, kita memang membenci sistem sekular ni.. Moga kita bukan kalangan yang termakan pujuk rayu sekular. Sebab perlu diingat, syaitan sentiasa mengambil peluang andai kita sesaat terleka walaupun seketika. Namun, kita sebagai hamba Allah yang kadang-kadang melakukan kesilapan tanpa disedari ini sentiasalah kita menambah amal dan ibadat dan muhasabah kembali sepanjang kita hidup di dunia ini.
teringant ana, lagu nasyid hijjaz, fatamorgana,
'begitu indah dunia
siapa pun kan tergoda
harta pangkat dan wanita
melemahkan jiwa..
...........................................
tanpa iman dalam hati
kita kan dikuasai
syaitan nafsu dalam diri
musuh yang tersembunyi..
...........................................................
pulang lah kepada Tuhan
cahaya kehidupan
keimanan
ketaqwaan
SENJATA UTAMA...'
...............................................
Cukuplah setakat tu liriknya.. nanti, lari daripada tajuk pulak.. kenapa isu mansuhkan PPSMI ini sangat penting bagi orang islam dan anak melayu sendiri?? Bagi ana sendiri, ia memang penting. Memang suatu kelebihan bagi orang yang pandai 'speaking in English' ni, tapi apabila melihat dari sudut yang jauh, tambah- tambah lagi Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris, mereka seperti sudah lupa daratan, teringat ana sewaktu sekolah menengah, cikgu ana tu mengajar fizik, dia memang tak suka sangat PPSMI ni, setiap kali masuk kelas jer mesti dia selit skit 'sleng' BI nyer tu seolah-olah memperli. Guru Sains tu.. Owh, rupanya dah lama yer isu ni, sebelum PPSMI ni ditubuhkan lagi, ramai pihak yang dah bising, Tapi tak diendahkan oleh kerajaan.
Dulu memang ana tak kisah sangat, buat tak tau jer.. bagi ana ok jer PPSMI ni dibuat.. tengok adikku ok jer, dia pula yang mengajar aku.huhu,, Ya Allah tapi rupanya, Subhanallah, kalau aku sendiri tak cuba mengkaji dan berusaha untuk mengetahui semua isu yang berlaku termasuk PPSMI ni mesti aku ni marah orang yang bantah PPSMI ni.Ops, jangan marah ye sahabat-sahabat. Hmm, Rupanya banyak keburukan PPSMI ni. salah satunya ramai pelajar melayu luar bandar keputusan peperiksaan mereka teruk. Bahasa Inggeris pun belum mantap lagi dah terkejar-kejar nak ajar saians dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Kenapa kita perlu ikut dunia barat?? PPSMI yang dibuat oleh kerajaan sebenarnya sangat mendatangkan kelebihan kepada dunia barat. Dunia Islam macam mana?? Kalau lah ana baik tubuhkan 'PPSMA' : Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Arab'. Mesti semua tercengang, tapi itu tidak mustahil bukan?. Banyak juga kebaikan yang kita dapat untuk kita sendiri dan umat isLam sedunia.
Cuba lihat negara islam kita sekarang, semua ini sangat berkait rapat. Mangsa peperangan yang berlaku adalah di dunia islam, di negara arab, mereka memerlukan bantuan kita, tetapi alangkah sedihnya kita kerana kita tidak dapat menolong mereka hanya disebabkan kita tidak ambil serius dalam penekanan Bahasa Arab. Sebaliknya disusah dan ditambahkan lagi subjek dalam bahasa Inggeris. Oh ya, jangan tersilap ye, bukan ana tidak suka langsung berbahsa inggeris ni, Bahasa Inggeris amat perlu kita pelajari, tetapi cukuplah dalam subjek Bahasa Inggeris dan ia perlu dimantapkan. Tetapi lihat la sekarang, Bahasa Melayu pun tak tau sangat, Bahasa Inggeris tak mantap lagi, tapi dah tubuh yang baru, jangan kita jadi seperti 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran' yang jadi mangsa nya siapa lagi?? kalau bukan anak bangsa kita sendiri!!!
Duhai kerajaan, jangan kerana isu politik, kita menjadi ego untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat dan semua pihak. Kita sudah mengetahui, isu ini bukan antara Pas, BN, DAP dan parti politik yang lain, tapi untuk menyatakan hak rakyat. Adakah kerajaan yang tidak setuju mansuhkan PPSMI ni gara-gara parti pembangkang yang mengusai GMP? sehingga ego mengatasi segala-galanya. Janganlah jadi bangsa Melayu yang telah membunuh Melayu sendiri...
okey, adakah aku bantah PPSMI? jawapannya semua dalam huraian di atas..
sekian wassalam..