بسم الله الرحمن الرحيم
"Mereka yang menyampaikah risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa
takut kepada seorangpun yang lain dari Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pembuat
Perhitungan".
(Surah Al-Ahzab: ayat: 39)
takut kepada seorangpun yang lain dari Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pembuat
Perhitungan".
(Surah Al-Ahzab: ayat: 39)
……………………………………………………………………………………………………………………
“Ayuh Mahasiswa sekalian, kita bangkit! Bangun! Corakkan perubahan! Tegakkan kebenaran! Hapuskan kezaliman. Kini tiba masanya dunia ini milik kita untuk menentukan kemenangan akan datang.” Ya pasti!Aduh, semangatnya… Itulah ungkapan semangat yang sering dilaungkan oleh mereka yang benar-benar untuk melihat perubahan. Namun, apa yang sedihnya ramai mahasiswa kini hanya seronok mendengar, ‘excited’ bersorak, tetapi di mana tindakannya??? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?? Adakah kalian takut kepada pemimpin yang sekular? Takut kepada SB? Takut kepada pengurusan sekarang ni? Takut result exam teruk? Takut orang hina? Takut tak dapat tumpu dalam pelajaran? Takut ponteng kelas? Takut ibu bapa melenting? Di mana peranan kalian sebenarnya sebagai seorang Mahasiswa Islam? Adakah hanya untuk belajar dan dapat kerja bagus serta gaji lumayan??? Na’uzubillah..
Ya! Memang ilmu itu sangat penting untuk kita pelajari agar kita dapat menumpaskan musuh-musuh kita yang sekarang ni seronok serang pemikiran anak muda remaja yang semakin hanyut dengan hedonisme sana sini tanpa rasa secalit takut kepada Allah, bahkan lagi mencabar syariat yang ditetapkan Allah, tetapi kepada siapa lagi yang perlu kita mengharap? Kepada orang tua yang sudah bongkok? atau kepada kanak-kanak yang masih tidak mengerti dunia ini? Aduhai sahabat-sahabatku, kitalah jiwa pemuda, mahasiswa yang sangat berperanan dalam menentukan perubahan untuk memperjuangkan agama Allah iaitu agama islam.
Percayalah sahabatku, islam itu benar, syurga itu benar, mati itu benar, akhirat itu benar. Dengan miliki ilmu, iman, amal dan taqwa itu sahaja yang dapat melindungi diri kita daripada menghanyutkan diri kita daripada kelalaian. Ayuh sahabat-sahabatku, carilah persatuan yang terisi dengan gerak kerja dakwah dan menaikkan kembali semangat mahasiswa islam yang sebenar bukan amalan sekular. Sahabatku, sungguh besar tanggungjawab kita sebenarnya sebagai mahasiswa islam sehingga tak terkata...
Yakinlah, “wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (surah Muhammad:7)
Wassalam.
________________________________________________________
MOHON MAAF
___________________________________________________
Pertama kali ana mohon maaf kerana terlalu lama ana menyepikan blog ana ini tanpa membawa perkongsian maklumat, pandangan, kritikan mahupun idea...
Banyak yang ingin disampaikan buat sahabat-sahabat, tetapi mungkin keadaan diri ana ni yang malas nak menulis,.. Ya Allah.. rasa lemahnya dan hinanya ana disisi Allah...
Dari tahun 2009 hinggalah lembaran baru Maal Hijrah@2010, apabila berkait tentang soal masa, Masya Allah sangat-sangat merugikan kita jika kita tidak gunakan ia sebaiknya..
Banyak isu-isu di dalam KUIS ana terlepas nak kongsikan bersama sahabat.. Namun apa yang ana mahu beritahu di sini KEBANGKITAN EVOLUSI PERUBAHAN MAHASISWA SUDAHPUN BERMULA. Mahasiswa KUIS mula CAKNA dengan isu Semasa.. Semua ini bermula di atas pimpinan yang sedar dalam kebajikan Mahasiswa. 'Maka suatu hari,tidak pelik dan hairan jika Masjid Al Azhar dipenuhi Mahasiswa KUIS' (paham-paham jelah yer)
Segala pujian,kritikan mahupun tohmahan terimalah dengan hati yang terbuka sebagai seorang pelajar yang berwawasan mindanya.
sebelum terlupa, TAHNIAH buat MPM yang baru. Kami sentiasa menyokong anda dari belakang. Dan buat MANTAN MPM terima kasih sepanjang pemerintahan kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.
Jaga diri, jaga iman, kawaL PeRasaan.. SaLAm Ukhwah.