? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Friday, October 23, 2009

SeKadar MeLihaT



Gerimis senja bagai berbisik dalam hati, sifat insani masihkah berjiwa nurani?? Tika hati meruntun rasa,
Ikhlaskah kita mengh
ayati perjalanan, penderitaan saudara seislam kita??

Gerimis senja bagai menyapa membawa pesan, Benarkah kita berjiwa insan??
Tika sepasang mata menyaksikan kekejaman, kerosakan, kepayahan, kemusnahan...

Di manakah nilai duduknya mata hati merenungi dengan keinsafan???


Gerimis senja lantas berlalu sepi...
Aduhai anak-anak Adam tiada terkesan di hati...
Iktibar dan pengajaran bagai tak terisi..

tsunami
banjir

tanah runtuh

mangsa peperangan

Tuesday, September 1, 2009

Nak tak nak.. kena jugaK..

Bittaufiq wannajah fil imtihan
:)

Thursday, August 20, 2009

Kerdipan RamadhaN...



Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi, semoga kita sama-sama bersyukur di atas nikmat islam yang diberikan Allah ini.. Gunakanlah kehidupan kita ini sebaik-baiknya dengan mendapat keredaan Allah swt.

Alhamdulillah, semoga kehadiran Cahaya Ramadan yang barakah ini, sama-sama kita dapat bersihkan jiwa kita dan secara tidak langsung dapat mentarbiyyahkan diri kita.. Gunakanlah bulan yang mulia ini sebaik-baiknya dan nasihat untuk semua dan ana sendiri, banyakkanlah kita muhasabah kembali setiap perkara yang kita lalui, berapa banyak kita dapat beri sumbangan untuk islam agama tercinta ini...

Khas buat tatapan sahabatku dan juga hamba yang lemah ini... :)

"Ramadan engkau adalah raja bulan,
Ketibaan mu setahun sekali,
Engkau sangat agung kau sangat mulia,
Padamu rahmat padamu berkat,
Berhimpun seluruh kebaikan.
Kedatanganmu membwa rahmat
Keberkatan dan keampunan
Pahala berganda
Doa dikabulkan
Begitulah keistimewaan
RAMADHAN.......
Dan agungnya...
Engkau disisi Tuhan...
Tapi kedatanganmu aku bimbang
Aku takut kalau
Tak dapat memuliakan
Dan tidak dapat mengagungkanmu
Lebih-lebih lagi aku yang memperdaya dan mencemarkan kebesaranmu
Sememangnya aku bimbang akan ketibaan mu
Pelbagai perasaan yg aku rasa...
Bagai ada sesuatu yang tidak kena
Rasa bersalah dan rasa berdosa...
Org lain terhibur dgn kedatanganmu tp lain pula aku bimbang selalu
...........................................................
Aku memohon padamu Tuhan dengan berkat engkau ya Ramadan
Agar ku dapat memuliakanmu...."
.................................................
Mawaddah d'hearty

Thursday, August 6, 2009

Ya Allah, Berikanlah kami KesaBaRan...

Assalamualaikum w.b.t..

Duhai Sahabatku yang dikasihi...
Semoga sihat walafiat dari segala penyakit misteri dan sentiasa dalam pemeliharan Allah swt.

Sahabatku,
Perjalanan seorang Dai'e itu memang mencabar bagi mereka yang benar-benar mahu menegakkan syiar isLam, mahu mengembalikan biah solehah di bumi KUIS tercinta ini...
Diri ini masih segar dalam ingatan pesanan oleh ustazku yang memberi peringatan dalam kelas ketika heboh tentang ALAM..

Fikirkan kembali duhai sahabat-sahabat KUIS sekalian, Adakah kalian mahu KUIS ini menjadi universiti ISLAM yang JAHIL terhadap ilmu agama??, hanya akademik mahu di sanjung tetapi akhlak, budi pekerti amalan amar maaruf nahi mugkar hilang ditelan arus jahilyyah BARAT??

Di mana jiwa kalian sebagai seorang pemuda isLam, MAHASISWA kolej Universiti ISLAM Antarabangsa Selangor?? jika kalian masuk di sini untuk perubahan m'islahkan diri untuk berada di tahap yang baik dan diredhai ALLAH, kalian harus terima undang2 yang telah ditetapkan KUIS. Tetapi sayang masih tak diikuti, inikan pula undang-undang yang ditetapkan ALLAH, seolah-olah mempersendakan agama tanpa kalian sedari.

Tidak kisah jika kalian benci ALAM kerana cara teguran mereka, segala kelemahan kami cuba perbaiki, tapi kami menegur disebabkan kami sayang kalian untuk bersama-sama mengejar syurgawi untuk mendapat keredaan Allah. Tetapi berhati-hatilah jika kalian benci ALAM atas DASAR yang di bawa ALAM amar maaruf nahi mungkar, boleh jadi apa yang kalian benci itu tetapi byk kebaikannya, kalian akan dipersoalkan di akhirat keLak. REnungkanlah.. Inilah pesan ustazku.

Buat sahabat-sahabat KUIS sekalian janganlah kita silap menafsir ayat Al Quran "tiada paksaan dalam agama". Janganlah kita jadi mahasiswa yang jahil yang akhirnya memakan diri kita sendiri..

Buat para dai'e yang mendokong syiar isLam, kamulah harapan dan cita-cita umat islam yang memikul beban yang besar. Firman Allah yang bermaksud, "sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al muzammil:5). Jadilah kamu seorang yang sabar seperti Rasulullah dan Sabar para ulama'..Ujian yang berat inilah membuatkan kamu mampu untuk hidup dalam suasana yang getir walaupum banyak fitnah dan cabaran yang berlaku. semoga kita sama-sama diberi petunjuk oleh Allah swt..

Janganlah kita jadi umpama pepohon kering yang gugur daunnya jatuh ke bumi. tiada kehijauan dan tiada pula kehidupan. Apa lagi untuk berbuah!

Wassalam

Friday, July 31, 2009

BATALKAN PERHIMPUNAN anti ISA? : NO!

sALam Jihad fillah!

Doaku dari jauh, semoga perhimpunan mansuhkan ISA berjalan dengan lancar...
buat sahabat-sahabat yang pergi demonstrasi esok, semoga dalam pemeliharanNya...
InsyaAllah, Allah berpihak dengan kita..

AYUH! henTikan keZaLiman! Majulah kita berpihak pada yang beNaR!
Berkobar-kobar diri ini ingin bersama kalian, tapi apakan daya.. Apapun sokongan, doa, dan semangat tetap kuhulurkan buat kaliann...











Semoga niat kita ke sana, dengan ikhlas hati menghentikan kezaliman. Pedulikan apa orang kata! Teruskan mansuh ISA!

Adanya ISA, hanya mainan kerajaan yang memerintah! tiada lagi keadilan, kasih sayang, dan keamanan sejagat!

Kini Mahasiswa & masyarakat sudah pandai berfikir dengan WARAS! kami bukannya Lesu!

Ayuh Mahasiswa! 'kembalikan suara kampus dalam meledakkan perubahan!' dalam era 1960an.
Jadilah kita pemuda seperti zaman Rasulullah saw. yang dibangkitkan dengan anak-anak muda yang' berani menentang arus Jahiliyyah berhadapan dengan penguasa yang zalim!

ops, pemerintah kita sekarang zalim ke?? FIKIRkanLah kalian dengan minda yang terbuka.

Wassalam.

JoM ke MasJiD


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirindui...
Semoga sahabat-sahabat sentiasa berada dalam pemeliharaanNya dan sihat-sihat selalu =D.
Bersyukurlah di atas nikmat kesihatan yang baik yang diberikan olehNya. Ingat 5 sebelum 5! ;-)




Dikesempatan nikmat pancainderaku yang sihat ini, ingin ku mengajak sahabat-sahabat sekalian ke karnival Jom ke Masjid yang bermula pada 31 Julai 2009 hingga 7 Ogos 2009.
Insya Allah semoga kita semua dapat mengimarahkan rumah Allah ini dengan pelbagai program yang diadakan.
Bagi yang sentiasa ke Masjid, inilah peluang mereka untuk bersama-sama membantu dan menjayakan program karnival ini dan syabas kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.
Semoga segala program yang dirancang mendapat keberkatan dan keredaan Allah swt.
Tidak ketinggalan bagi yang masih lagi tercari-cari permata hati untuk membersihkan jiwa mereka, janganlah bersendirian..
Allah sentiasa bersama kamu. Inilah peluang untuk kita bersama mengimarahkan lagi Masjid Al Azhar KUIS yang tersegam indah.
Semoga dihati sahabat-sahabat sekalian tersingkap kesedaran dalam pengorbanan dan perjuangan dalam menegakkan agama Allah. Dan sama-sama lah kita membantu sahabat-sahabat kita dalam menjayakan program ini, dan bukannya mengkritik dan mengumpat jika ada kelompangan yang berlaku!
Jadilah kita pemuda yang beriman dan bertaqwa dan sentiasa merinduiNya...
kitalah MAHASISWA penyeri masjid Al-Azhar! Bangunlah kalian! selagi kalian diberi nikmat sihat, GUNAKANLAH sebaiknya, dan hidupkanLAH diri kita dengan ISLAM!

Sunday, April 26, 2009

TERPIKAT DENGANMU!



ASSALAMUALAIKUM, salam nur mutiara dari penang...
Duhai sahabat, Seringkali diri ini terfikir... di manakah tahap keimanan kita dan ke arah manakah perjuangan kita sebenarnya???
Kadang- kadang kita tidak sedar, seolah-olah merasakan diri kita ini sudah berada di tahap yang ‘ok’. Tidak kiralah sama ada dari segi tingkah laku kita, amalan kita kepada Allah dan kepada masyarakat serta makhluk di muka bumi ini. Termasuklah penulisan dan cara penyampaian kita di blog ini... Adakah niat kita ikhlas untuk membantu agama Allah dengan menolong sahabat seislam kita di luar sana atau sekadar semangat hanya untuk orang mengenali kita dengan kehebatan menulis??
Sebelum menulis, iman ini sentiasa memperingatkan diri kita bahawa penulisan kita di sini juga adalah amanah daripada Allah jika kita benar-benar mahu menegakkan kebenaran ISLAM! Dan adakah sahabat sekalian sedar semakin kita banyak membaca dan menulis serta mengkaji terhadap ilmu-ilmu Allah ini, semakin kita merindui-Nya dan kita akan rasa betapa dekatnya diri kita kepada Allah, hati kita sangat2 mencintai Allah dan kita akan rasa terpikat dengan –Nya. Itu belum lagi amalan-amalan fardu dan sunat kita kepada Allah seperti solat 5 waktu, bangun malam solat sunat(qiamullail), berdoa, berzikir, bersedekah membaca, mengahafaz dan menghayati Al-Quran.

“ingatlah pada hari ketika kami panggil setiap umat dengan imamnya, dan barangsiapa yang diberikan kitab amalanya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”
Memang kita tidak dapat nak gambarkan dan cerita kepada orang lain bagaimana kita rasa betapa ‘zauqnya’ hati kita. Allah adalah setinggi-tinggi Mulianya. Justeru, jika kita menulis dengan berdasarkan pengetahuan agama yang luas, sudah pasti kita akan bersifat sederhana dalam semua perkara dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi-Nya.
Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2, apabila kita ingin mengajak orang kearah kebaikan, janganlah terlalu lembut dan terlalu keras. Namun, tarhib dan targhib itu tetap ada dan yang paling penting adalah dengan cara berhikmah seperti mana nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW. menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Hanya Dua pilihan kita, sama ada mahu lebihkan akhirat atau lebihkan dunia? Fikir-fikirkanlah... wassalam.

Monday, March 16, 2009

AdaKaH AKU BanTah 'PPSMI'??



Assalamualaikum buat sahabat-sahabatku sekalian..


Hari demi hari semakin pantas masa berlalu, semakin pantas ajal kita akan tiba... Semakin banyak masalah yang mendatang. Namun, semua itu dunia... Tetapi, adakah masalah yang datang ini tidak berkait langsung dengan akhirat?? Fikirkanlah b'dasarkan iman kita.. Wahai sahabatku, Allah tidak akan menciptakan sesuatu tanpa sebab dan musababnya.. Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya...
Hmm, tajuk utama kita, Persolannya, adakah aku juga dikalangan orang yang menyokong membantah PPSMI ni?? Walaupun 'dah' lepas berdemonstrasi, namun 'Mansuhkan PPSMI' ni masih lagi terasa buat insan yang benar-benar anti PPSMI. Untuk pengetahuan umum 'PPSMI' ni bukan sekadar huruf jer yer, tapi ada maksud yang sangat mendalam, ha ape dia?? jangan seronok sebut je, PPSMI tuu.. 'Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam bahasa Inggeris'.
Ya Allah, cepat sungguh kan sekular ni makan diri kita. Ya, kita memang membenci sistem sekular ni.. Moga kita bukan kalangan yang termakan pujuk rayu sekular. Sebab perlu diingat, syaitan sentiasa mengambil peluang andai kita sesaat terleka walaupun seketika. Namun, kita sebagai hamba Allah yang kadang-kadang melakukan kesilapan tanpa disedari ini sentiasalah kita menambah amal dan ibadat dan muhasabah kembali sepanjang kita hidup di dunia ini.
teringant ana, lagu nasyid hijjaz, fatamorgana,
'begitu indah dunia
siapa pun kan tergoda
harta pangkat dan wanita
melemahkan jiwa..
...........................................
tanpa iman dalam hati
kita kan dikuasai
syaitan nafsu dalam diri
musuh yang tersembunyi..
...........................................................
pulang lah kepada Tuhan
cahaya kehidupan
keimanan
ketaqwaan
SENJATA UTAMA...'
...............................................
Cukuplah setakat tu liriknya.. nanti, lari daripada tajuk pulak.. kenapa isu mansuhkan PPSMI ini sangat penting bagi orang islam dan anak melayu sendiri?? Bagi ana sendiri, ia memang penting. Memang suatu kelebihan bagi orang yang pandai 'speaking in English' ni, tapi apabila melihat dari sudut yang jauh, tambah- tambah lagi Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris, mereka seperti sudah lupa daratan, teringat ana sewaktu sekolah menengah, cikgu ana tu mengajar fizik, dia memang tak suka sangat PPSMI ni, setiap kali masuk kelas jer mesti dia selit skit 'sleng' BI nyer tu seolah-olah memperli. Guru Sains tu.. Owh, rupanya dah lama yer isu ni, sebelum PPSMI ni ditubuhkan lagi, ramai pihak yang dah bising, Tapi tak diendahkan oleh kerajaan.
Dulu memang ana tak kisah sangat, buat tak tau jer.. bagi ana ok jer PPSMI ni dibuat.. tengok adikku ok jer, dia pula yang mengajar aku.huhu,, Ya Allah tapi rupanya, Subhanallah, kalau aku sendiri tak cuba mengkaji dan berusaha untuk mengetahui semua isu yang berlaku termasuk PPSMI ni mesti aku ni marah orang yang bantah PPSMI ni.Ops, jangan marah ye sahabat-sahabat. Hmm, Rupanya banyak keburukan PPSMI ni. salah satunya ramai pelajar melayu luar bandar keputusan peperiksaan mereka teruk. Bahasa Inggeris pun belum mantap lagi dah terkejar-kejar nak ajar saians dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Kenapa kita perlu ikut dunia barat?? PPSMI yang dibuat oleh kerajaan sebenarnya sangat mendatangkan kelebihan kepada dunia barat. Dunia Islam macam mana?? Kalau lah ana baik tubuhkan 'PPSMA' : Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Arab'. Mesti semua tercengang, tapi itu tidak mustahil bukan?. Banyak juga kebaikan yang kita dapat untuk kita sendiri dan umat isLam sedunia.
Cuba lihat negara islam kita sekarang, semua ini sangat berkait rapat. Mangsa peperangan yang berlaku adalah di dunia islam, di negara arab, mereka memerlukan bantuan kita, tetapi alangkah sedihnya kita kerana kita tidak dapat menolong mereka hanya disebabkan kita tidak ambil serius dalam penekanan Bahasa Arab. Sebaliknya disusah dan ditambahkan lagi subjek dalam bahasa Inggeris. Oh ya, jangan tersilap ye, bukan ana tidak suka langsung berbahsa inggeris ni, Bahasa Inggeris amat perlu kita pelajari, tetapi cukuplah dalam subjek Bahasa Inggeris dan ia perlu dimantapkan. Tetapi lihat la sekarang, Bahasa Melayu pun tak tau sangat, Bahasa Inggeris tak mantap lagi, tapi dah tubuh yang baru, jangan kita jadi seperti 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran' yang jadi mangsa nya siapa lagi?? kalau bukan anak bangsa kita sendiri!!!
Duhai kerajaan, jangan kerana isu politik, kita menjadi ego untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat dan semua pihak. Kita sudah mengetahui, isu ini bukan antara Pas, BN, DAP dan parti politik yang lain, tapi untuk menyatakan hak rakyat. Adakah kerajaan yang tidak setuju mansuhkan PPSMI ni gara-gara parti pembangkang yang mengusai GMP? sehingga ego mengatasi segala-galanya. Janganlah jadi bangsa Melayu yang telah membunuh Melayu sendiri...
okey, adakah aku bantah PPSMI? jawapannya semua dalam huraian di atas..
sekian wassalam..

Saturday, February 21, 2009

TeRcEMaRnya KeSuCiaN POLITIK

Assalamualaikum, SaLam Pembuka Bicara...

Wah.., kelihatan bz nampak sahabt2ku.. kat tangan, dalam poket, dlm beg, dlm fail penuh dengan iLmu2 untuk dicurahkan dalam exam nanti.hmm, dalam exam je ker nak curah?? tanya diri masing2 ye termasuk lah ana ni..:) minggu exam ni tak sah kan kalo kat tangan tu tak pegang nota2 ringkas sebelum masuk exam.. mesti pegang punya sampai ade yang nak berjalan ke pkk atau dpu pun mesti baca tak tengok kiri kanan dah,hehe...Sape tu?

Sebenarnya diri ini cuba nak istiqamah dalam penulisan blog walaupun sekarang kita sedang jihad dalam peperiksaan akhir, tetapi b'dasarkan kemampuan diri, mmg ana x sempat utk berkongsi pendapat dan pandangan bersama kalian tentang isu2 terkini dan yang berlaku di perak sekarang ni.. Bagi ana ia memang perlu diambil serius.. Maaflah kerana agak ketinggalan dalam memberi pandangan tentang isu di perak ini..wpun lmbat, tetapi itu bukan bermaksud ana langsung tidak mengmbil tahu tentang isu ini. cuma tak sempat nak sampaikan di blog je.. Apepun berdakwah tetap terus beRjaLan, takde perhentian daa...

Adus, tengok berita kat tv, internet, paper kosmo,utusan, b,harian, migguan.. ape lg? sumanya isu yg berlaku di pEraK. tetapi adakah kita perasan? Kebanyakannya berita yang disampaikan itu lebih berat sebelah dan melebih-lebihkan yang salah dari yang sebenar. "Jadi dah semuanya tak benar kite p'lu baca ape?? x pyh la nak sibuk2 tahu.. kita kan s2dent lg hal pemimpin tuu biarlah diorang settle kan, matlamat kita skarng ni blajar!" Subhanallah! ade jugak orang spt ini ye. semoga kita bukan jenis kalangan spt itu.. Sedarlah wahai umat seisLam ku, banyak lagi sumber yg kita boleh dapat sebenarnya, cuma nak ngan xnak cari je.. hmm, kaji balik yer..


Sebuah Politik yang cantik dan dikagumi sewaktu zaman Rasulullah s.a.w dahulu sangat dipuji oleh para sahabat dan semua umat isLam maLah orang bukan islam pun memuji cara kepimpinan Rasulullah berpolitik. kita boleh lihat, Fazlur Rahman (1982) sependapat dengan Thomas W. Arnold (1965) menyimpulkan bahawa masyarakat Madinah yang dipimpin oleh Muhammad (s.a.w) merupakan suatu negara dan pemerintahan (kerajaan) yang membawa kepada terbentuknya suatu Negara Islam yang pertama dan sebagai titik permulaan berdirinya organisasi politik dalam sejarah islam bahkan sejarah politik dunia.


Sebenarnya politik ini bersih, suci.. tetapi sayang, ia telah 'diragut' oleh pemimpin yg ala2 gagah kononnya, abes semua rosak! Sekular sudah beranak pinak! Merasakan diri mereka lah pemimpin yang berkaliber! sebab itu lah politik yang suci ini menjadi PoLitik kotor! Wpun Perak diambil oleh mereka tapi yakinlah kpd Allah, jika kita di pihak yang benar, daulah islamiah pasti bangkit! Semoga Allah yang Maha Kuasa akan beri ganjaran terhebat buat hambanya yang thabat dalam memperjuangkan agama Allah,Insya Allah, amin.

Sebenarnya perkara yang terjadi spt di Perak ni pernah diberitahu oleh seorang sahabat ana sebelum pilihanraya di Terengganu lagi. Dia cuma bagitahu kat ana bahawa akan ada pergolakan selepas pilihan raya di Terengganu, hmm? Ana xnak berbicara panjang, anggaplah ini sebagai ujian bagi seseorang yang ikhlas memperjuangkan agama Allah.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka)." ( Surah Al-Ankabut, ayat 2-3).

Wahai sahabatku, syabab, pemuda pemudi Islam, prihatin lah kita terhadap isu politik bukan hanya di perak je, tp di mana-mana, di sekeliling kita. Ya! ramai yang kata ini hanya mainan politik, x payah lar nak sibuk2. Tapi sedarkah kita?? kita adalah pelajar, pemuda yang menuntut ilmu, yang masih gagah dan kuat, merupakan peneraju masa akan datang. Jika kita tidak menghiraukan tentang isu ini, seolah-olah kita telah memberi peluang yang besar kepada pemimpin yang m'anggap diri mereka kononnya sebagai hero yang berwawasan dengan kehebatan rasuah yang mereka gunakan hanya untuk berada di takhta dunia? Na'uzubillah. Sahabatku... adakah pemimpin seperti itu yang kita mahu??? Walhal kalian juga amat gerem dan benci. Hukum-hakam islam dipermainkan sewenangnya.

Politik sekarang memang sudah 'nazak'? hm, bukan politik yang nazak sebenarnya, tapi orang yang bermain tipu dengan politik ini yang menyebabkan ia seperti tidak boleh diubati daa.. Ingatlah, janji Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, mati itu benar. Suatu hari pasti akan ada satu penawar yang paling mujarab untuk selamatkan dunia ini. Semuanya berlandaskan syariat islam. Tiadalah sistem demokrasi lagi. Akan datang satu khalifah islam yang akan mengembalikan daulah islamiyyah. Tiada lagi sekularisme, ideolisme, nasionalisme, kapitalisme, hedonisme(keseronokan), sosialisme dan ape je lah yang me. Islam Hadhari mcm mana plak?hmm, tanye lah diri masing2 yer...

Wahai sahabat2ku dan para pemimpin islam, marilah kita bersihkan maruah politik yang sebenarnya sangat dikagumi ketiga zaman Rasulullah SAW. Semoga perjuangan kita ini sentiasa dirahmati, dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
wassalam.
opps... p/s: "walaupun bukanlah titisan darah yang mengalir dari bilahan mata pedang di medan perang, tetapi hanya sekadar titisan dakwat dari sebatang mata pena di atas helaian kertas, namun ianya tetap b'harga &b'nilai disisi Allah, Jika segala-galanya utk FISABILILLAH! saLam jihad fil imtihan.."

Sunday, January 25, 2009

Umat IsLaM! Jangan BerDiaM Diri!



Assalamualaikum Ya Jundullah!
Gunakanlah usia kita untuk berbakti kepada Allah.
Apa yang ana ingin sampaikan di sini dan pesanan buat ana sendiri, jangan kita berasa lega apabila israeL Laknatullah m'umumkan gencatan senjata. Jangan juga kita berdiam diri dan membuat hal masing-masing setelah peperangan di Palestin terhenti. Ingat! Yahudi tak pernah berhenti untuk menghancurkan umat isLam. Ya, sekarang kita sudah mendekati final exam. Study2.., jangan malas2.. iLMU itu perlu untuk kita kuasai dan menentang musuh islam yang sekarang mereka ini 'handal menipu umat islam'. tetapi sayang mereka ini tidak boleh menipu ' mukmin' walau secerdik mana pun mereka cuba perdayakan orang mukmin.
Kenapa ana kata mereka boleh perdayakan umat isLam?? tetapi tidak orang mukmin?? Cuba lihat di negara kita sendiri pun sudah cukup, artis2 melayu yang seksi2 yang syoq tayang kat TV tu, tidak perlu diragui, mereka adalah beragama islam! Lihat je cara pemakaian mereka, godaan mereka, langsung tidak menunjukkan gaya seorang muslim. Apa lagi, seronok terbahak-bahak la orang kafir melihat gaya umat isLam sekarang. Yang haram dijadikan halal, 'berkapeL' seolah-0lah diri langsung tidak ada rasa bersalah dan maLu kepada Allah.
Sedarlah, sampai biLa umat islam perLu begini. Malulah kaum ADAM yang tidak pergi menunaikan solat, terutamanya solat jumaat. 2 rakaat pun dah tak mampu nak ke masjid! tapi marah biLa Yahudi perang PaLestin. Artis2 pulak kasihan dan simpati di atas peperangan yang berlaku di Gaza. Alhamdulillah, memang bagus ada yang berasa simpati kpd Palestin dan benci Yahudi, tapi alangkah lebih bagus dan cantik lagi apabila mereka ini ditarbiyyah. Baru la kecut perut orang yahudi melihat kesatuan umat islam. Ana bukannya ape, ana berasa benci orang yang faham dan belajar hukum hakam islam tetapi masih menghalalkan apa yang diharamkan dan dilarang oleh Allah. Semoga Allah memberi hidayah kapada kaum seislam ku serta memberi peringatan juga buat diriku sendiri.
Ya, orang kafir sudah memperdayakan orang islam, Tapi ingat bukan orang mukmin, kerana ISLAM tak pasti MUKMIN, tetapi MUKMIN sudah semestinya ISLAM! dan orang kafir itu tidak boleh memperdayakan umat islam yang benar-benar mukmin.
Subhanallah, terhenti seketika coretan ana ni, bunga api kuat sangat spt bom... Maklumlah raya cina.. dah la sunyi kat B.O.T ni.. tak dapat bg tumpuan.. sana-sini memecah kesunyian, hmm, sambil2 tu ana dan sahabat cuba mengintai di tepi tingkap melihat percikan bunga api, kami mula memuji kecantikan percikan bunga api.. Tetapi, tiba-tiba kami memikir seketika dan membayangkan bagaimana jika bumi Malaysia ini di bom! adakah kita bersedia untuk menghadapinya? adakah kita masih mahu berdiri di tepi tingkap sahaja? tidak, mesti semuanya lari lintang pukang selamatkan diri.
Berbalik kepada tadi, Apabila kita lihat di Palestin sekarang, walaupun berlaku gencatan senjata, keadaan di Palestin sekarang bagaikan dilanda bencana alam. Agak sukar untuk mereka mendapat makanan kerana rejim Yahudi masih lagi mengawal jalan utama ke Gaza menyebabkan bekalan daripada negara Islam dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak sampai dan tiba lewat. Untuk apa mereka masih mengawal di situ?? mereka sebenarnya belum berpuas hati dan dengki kepada umat islam.
Jurucakap Hamas, Naji Suri Alzaza, berkata segala kekejaman yang dilakukan sebelum ini adalah perancangan rapi rejim itu dan sudah tentu mereka tidak akan berhenti begitu saja. Katanya, tindakan rejim itu untuk berundur hanya untuk tempoh sementara kerana dasar Israel ialah hendak menakluk bumi Palestin.
Justeru, jika mereka masih bergerak untuk menghancurkan umat islam, jadi, kita juga jangan berdiam diri, teruslah sokong Hamas, Palestin, Save Gaza. Masjid Al Aqsa, jantung umat islam di situ. Teruskan kita hangatkan isu Palestin, terus boikot barangan Yahudi. Teruslah kita berdoa untuk keselamatan umat islam di sana dan di pelusok dunia. Istiqamah lah kita dalam amar maaruf nahi mungkar. Berdakwahlah di jalanNya.. Wassalam.

Saturday, January 17, 2009

KEJAM YAHUDI!!! KEJAM ISRAEL!!! HANCUR ZIONIS!!!






















































Firman Allah SWT yang bermaksud: "Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan". (Al-Maidah:78-79)




Assalamualaikum sahabat2ku 'anti ZIONIS'...

Tatkala di sini masih lagi terukir senyuman dan gelak tawa, hiburan yang ntah apa2!! Tetapi di Palestin, anak-anak kecil yang ingin bermain-main diluar rumah, senyuman mereka, keriangan mereka, sedikit pun kita tidak nampak! Apa yang kita lihat di sana, kanak-kanak sudah diberi senapang, rasa benci mereka yang membuak-buak terhadap kekejaman israel yang telah membunuh ayah mereka, ibu, dan adik-beradik mereka serta negara mereka. Lihat, seorang budak yang kecil sudah merasai keperitan, kesedihan, kesakitan yang dialami. Tidak dapat diri ini bayangkan kekejaman israel laknatullah sehingga ana tidak tahu dan tak dapat ceritakan sepenuhnya di blog ini.


Go to hell ZIONIS ISRAEL!!! inilah ungkapan yang paling sesuai untuk meraka!! Di hospital pun mereka bedil, termasuk hari ini, sudah seribu seratus lebih telah syahid. Lihat, gambar bawah kiri, SEORANG budak Palestin di Nablus menunjukkan gambar Olmert sebagai dracula ketika membantah serangan di Gaza. di bawahnya pula, siapa lagi kalau bukan BUSH, pengikut israel. hmm.. manusia kera?? cuba lihat persamaannya... Diri ini benci kerana mereka musuh ketat islam!






















Apa yang perlu kita buat??? kita tidak mampu pergi di sana, tetapi hulurkanlah bantuan untuk mereka dengan 'berdoa' senjata orang mukmin. Sumbanglah derma sebanyak mana yang kita mampu dgn seikhlas hati kpd Gaza. Dan BOIKOT lah barangan mereka. Demonstrasi? Alhamdulillah pada hari jumaat 16/1/09, 19 muharram 1430h. Jam 11 pagi telah diadakan demonstrasi kutuk serangan zionis bermula di first cafe smpai di Masjid Al Azhar KUIS, anjuran ALAM. Mahasiswa, pensyarah, semua warga kuis turut hadir dlm demonstrasi ini bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman israel. Umat Islam perlu bersatu!!!Bertahan bumi palestin.



Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak, akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan." (An-ahl:61)

Wahai orang yahudi, TENTERA MUHAMMAD SAW akan KEMBALI!!!