Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirindui...
Semoga sahabat-sahabat sentiasa berada dalam pemeliharaanNya dan sihat-sihat selalu =D.
Bersyukurlah di atas nikmat kesihatan yang baik yang diberikan olehNya. Ingat 5 sebelum 5! ;-)
Dikesempatan nikmat pancainderaku yang sihat ini, ingin ku mengajak sahabat-sahabat sekalian ke karnival Jom ke Masjid yang bermula pada 31 Julai 2009 hingga 7 Ogos 2009.
Insya Allah semoga kita semua dapat mengimarahkan rumah Allah ini dengan pelbagai program yang diadakan.
Bagi yang sentiasa ke Masjid, inilah peluang mereka untuk bersama-sama membantu dan menjayakan program karnival ini dan syabas kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.
Semoga segala program yang dirancang mendapat keberkatan dan keredaan Allah swt.
Tidak ketinggalan bagi yang masih lagi tercari-cari permata hati untuk membersihkan jiwa mereka, janganlah bersendirian..
Allah sentiasa bersama kamu. Inilah peluang untuk kita bersama mengimarahkan lagi Masjid Al Azhar KUIS yang tersegam indah.
Semoga dihati sahabat-sahabat sekalian tersingkap kesedaran dalam pengorbanan dan perjuangan dalam menegakkan agama Allah. Dan sama-sama lah kita membantu sahabat-sahabat kita dalam menjayakan program ini, dan bukannya mengkritik dan mengumpat jika ada kelompangan yang berlaku!
Jadilah kita pemuda yang beriman dan bertaqwa dan sentiasa merinduiNya...
kitalah MAHASISWA penyeri masjid Al-Azhar! Bangunlah kalian! selagi kalian diberi nikmat sihat, GUNAKANLAH sebaiknya, dan hidupkanLAH diri kita dengan ISLAM!
Friday, July 31, 2009
JoM ke MasJiD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment