? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Tuesday, January 13, 2009

SiaPa BakaL PeMiMpin kita??

Assalamualaikum sahabat2ku yang dirahmati Allah sekalian.. Semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat dan barakahnya disisi Allah...



Subhanallah, sungguh cantik dan indahnya bumi KUIS ini apabila dipandang oleh insan-insan yang bercahaya hatinya... Apabila pelawat-pelawat atau pelajar luar datang ke KUIS ini, ramai yang memuji keindahannya, bak kata ustaz Hassan Ali yang datang sempena maal hijrah baru2 ini menyatakan "KUIS ini tercantik di DUNIA". Alhamdulillah, pujian yang sangat bermakna tu..



Alangkah cantiknya lagi bumi KUIS ini apabila BIAH SOLEHAH menjadi ikutan dan pegangan kita. Umpama buah yang cantik kulitnya dan sungguh manis isi dalamnya sehingga semut pun terpikat dengan kemanisan yang ada di bumi kuis ni...







Justeru, tunggu apa lagi abg2, kakak2, adik2, sahabat2 dan rakan2ku sekalian... Pilihanraya Kampus (PRK) yg ke 11 ni, pakat ramai2 kita hangatkan di KUIS 14hb2/2009 ni. Ia adalah tanggungjawab kita untuk memilih dan mengundi siapa bakal pemimpin yang selayaknya untuk memimpin Mahasiswa. Pelbagai kriteria perlu kita lihat dari seorang pemimpin yang benar2 berkaliber s/ada dari segi Aqidahnya, Akhlaknya, dan Amalannya kepada Allah serta Tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya dalam 'membiah solehahkan' bumi KUIS ini. Hmm, jgn pulak kita hanya mengharapkan tugasan ini semata-mata kepada bakal MPM kita, tetapi kita sebagai MAHASISWA yang juga mempunyai peranan yang penting dalam bersama-sama membantu mengembalikan suasana kehidupan yang islamik. Marilah kita sama2 mengundi dlm PRK ini. Tahniah kpd bakal MPM yang akan menggantikan pimpinan lepas. Semoga pimpinanmu membawa seribu kemanisan buat Mahasiswa KUIS ini...

Syukur Alhamdulillah, dikesempatan ini juga, ana ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kpd mantan MPM kita yang lepas terhadap tanggungjawab yang telah mereka jalankan w/pun ada sebahagian di antara ahli mereka yang tidak komitmen dalam berkerja. Kita sebagai hamba Allah yang lemah, tak terlepas dalam melakukan kesalahan dan kesilapan. Jadi, sama2 lah kita memperbaiki kesilapan yang lalu ke arah lebih diredai dan diberkati Allah. Kepimpinanmu amatlah dihargai =) wassalam
JOM UNDI YE!!

0 comments: