? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Saturday, April 3, 2010

Masihkah ada lagi???


"Kakak... kalo adik dah besar nanti kan, adik nak jadi pemimpin seperti 'Umar Abdul Aziz'!

..........................................................................................................................................................................

MasyaAllah, aku betul-betul terharu di atas kata-katanya.. sambil melihat dia memegang buku karya Abdul Latip Talib... Bagiku budak sekecil itu pasti sudah seronok dan riang ria bermain di padang permainan bersama kawan-kawannya...

Aku cuba mula mengingati, kisah Umar yang pada ketika itu Umar Abdul Aziz adalah khalifah pada zaman bani Umaiyyah yang sebelum ini sudah 7 pemimpin yang memerintah pada zaman itu dan kemudian diturunkan wasiat oleh khalifah Sulaiman kepada Umar Abdul Aziz. Seingat aku, beliaulah yang banyak memberi khutbah keagamaan berbanding sebelum pemerintahannya. Tiba-tiba juga serta merta aku terfikir yang aku perlu membuat kajian. Lebih senang disebut latihan ilmiah/tesis Subjek Bahasa Arab sebagai syarat untukku graduate nanti... Cuma perlu diolah di dalam Bahasa Arab..

Sejak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, telah banyak beliau membuat perubahan. Semuanya berpandukan Al Quran dan As Sunnah dan sangat menjaga kebajikan rakyatnya.. Dengan kepimpinan beliau yang sangat adil dan telus dalam semua perkara menyebabkan semua masyarakat pada ketika itu sangat menyenanginya dan menyayanginya...

Namun, masihkah ada lagi pemimpin yang sangat menjaga kebajikan rakyatnya? orang miskin tidak ditindas? Orang kaya yang pemurah? pegawai, penolong atau siapapun dia sangat menjaga solat? Berbalik pada dunia hari ini yang penuh noda dan nafsu.. Yang mampu melawan hanyalah iman dan Taqwa. Namun, yang ada hanyalah segelintir...

Zaman sekarang sudah berubah.. tetapi ISLAM yang satu kan tertegak di puncaknya. Allah Maha Menguasai di atas tiap segala sesuatu... Biar di mana pun kita, hidup mestilah berlandaskan syariatNya..

Wahai sahabat, kita ummat akhir zaman... adakah kita, sama ada pernah jadi pimpinan, mahupun membuat tugasan bawahan, kita berlaku adil dalam setiap gerak geri..?? Segala ketidakpuasan hati, dengki, fitnah, menghina tanpa usul periksa adakah menyelubungi di hati kita?? para ulama' di caci, para ustaz di hina, para dai'e dijauhkan.. ibu bapa tidak lagi dihormati.. segala nasihat kita cuba endah tidak endah sahaja... Maksiat berleluasa, rasuah di sana sini.. Na'uzubillah...

Sahabat-sahabat, Islam menuntut kita menegur perbuatan seseorang yang melampaui batas, sama ada dia pemimpin ataupun rakyat jalanan, sesungguhnya Rasulullah pernah berkata, 'Agama itu Nasihat'.

Tidak syak lagi Islam agama yang Hak dan akan menguasai kembali dunia. Daulah Islamiyyah pasti terbentuk!

Semoga negara kita dapat lahirkan anak cucu cicit seperti 'Umar Abdul Aziz'!

At Tirmizi menceritakan khalifah Umar al Khattab berkata, "Daripada anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupaiku daripada segi keberaniannya dan memenuhkan dunia dengan KEADILAN."! (diambil daripada Novel 'Umar Abdul Aziz' karya Abdul Latip Talib).


Wassalam.

Saturday, January 30, 2010

TAK TERKATA…

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mereka yang menyampaikah risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa
takut kepada seorangpun yang lain dari Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pembuat
Perhitungan".
(Surah Al-Ahzab: ayat: 39)

……………………………………………………………………………………………………………………
“Ayuh Mahasiswa sekalian, kita bangkit! Bangun! Corakkan perubahan! Tegakkan kebenaran! Hapuskan kezaliman. Kini tiba masanya dunia ini milik kita untuk menentukan kemenangan akan datang.” Ya pasti!

Aduh, semangatnya… Itulah ungkapan semangat yang sering dilaungkan oleh mereka yang benar-benar untuk melihat perubahan. Namun, apa yang sedihnya ramai mahasiswa kini hanya seronok mendengar, ‘excited’ bersorak, tetapi di mana tindakannya??? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?? Adakah kalian takut kepada pemimpin yang sekular? Takut kepada SB? Takut kepada pengurusan sekarang ni? Takut result exam teruk? Takut orang hina? Takut tak dapat tumpu dalam pelajaran? Takut ponteng kelas? Takut ibu bapa melenting? Di mana peranan kalian sebenarnya sebagai seorang Mahasiswa Islam? Adakah hanya untuk belajar dan dapat kerja bagus serta gaji lumayan??? Na’uzubillah..

Ya! Memang ilmu itu sangat penting untuk kita pelajari agar kita dapat menumpaskan musuh-musuh kita yang sekarang ni seronok serang pemikiran anak muda remaja yang semakin hanyut dengan hedonisme sana sini tanpa rasa secalit takut kepada Allah, bahkan lagi mencabar syariat yang ditetapkan Allah, tetapi kepada siapa lagi yang perlu kita mengharap? Kepada orang tua yang sudah bongkok? atau kepada kanak-kanak yang masih tidak mengerti dunia ini? Aduhai sahabat-sahabatku, kitalah jiwa pemuda, mahasiswa yang sangat berperanan dalam menentukan perubahan untuk memperjuangkan agama Allah iaitu agama islam.

Percayalah sahabatku, islam itu benar, syurga itu benar, mati itu benar, akhirat itu benar. Dengan miliki ilmu, iman, amal dan taqwa itu sahaja yang dapat melindungi diri kita daripada menghanyutkan diri kita daripada kelalaian. Ayuh sahabat-sahabatku, carilah persatuan yang terisi dengan gerak kerja dakwah dan menaikkan kembali semangat mahasiswa islam yang sebenar bukan amalan sekular. Sahabatku, sungguh besar tanggungjawab kita sebenarnya sebagai mahasiswa islam sehingga tak terkata...

Yakinlah, “wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (surah Muhammad:7)

Wassalam.

________________________________________________________
MOHON MAAF
___________________________________________________
Assalamualaikum sahabat yang dirindui kerana Allah..

Pertama kali ana mohon maaf kerana terlalu lama ana menyepikan blog ana ini tanpa membawa perkongsian maklumat, pandangan, kritikan mahupun idea...

Banyak yang ingin disampaikan buat sahabat-sahabat, tetapi mungkin keadaan diri ana ni yang malas nak menulis,.. Ya Allah.. rasa lemahnya dan hinanya ana disisi Allah...

Dari tahun 2009 hinggalah lembaran baru Maal Hijrah@2010, apabila berkait tentang soal masa, Masya Allah sangat-sangat merugikan kita jika kita tidak gunakan ia sebaiknya..

Banyak isu-isu di dalam KUIS ana terlepas nak kongsikan bersama sahabat.. Namun apa yang ana mahu beritahu di sini KEBANGKITAN EVOLUSI PERUBAHAN MAHASISWA SUDAHPUN BERMULA. Mahasiswa KUIS mula CAKNA dengan isu Semasa.. Semua ini bermula di atas pimpinan yang sedar dalam kebajikan Mahasiswa. 'Maka suatu hari,tidak pelik dan hairan jika Masjid Al Azhar dipenuhi Mahasiswa KUIS' (paham-paham jelah yer)

Segala pujian,kritikan mahupun tohmahan terimalah dengan hati yang terbuka sebagai seorang pelajar yang berwawasan mindanya.

sebelum terlupa, TAHNIAH buat MPM yang baru. Kami sentiasa menyokong anda dari belakang. Dan buat MANTAN MPM terima kasih sepanjang pemerintahan kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.

Jaga diri, jaga iman, kawaL PeRasaan.. SaLAm Ukhwah.