"Kakak... kalo adik dah besar nanti kan, adik nak jadi pemimpin seperti 'Umar Abdul Aziz'!
..........................................................................................................................................................................
MasyaAllah, aku betul-betul terharu di atas kata-katanya.. sambil melihat dia memegang buku karya Abdul Latip Talib... Bagiku budak sekecil itu pasti sudah seronok dan riang ria bermain di padang permainan bersama kawan-kawannya...
Aku cuba mula mengingati, kisah Umar yang pada ketika itu Umar Abdul Aziz adalah khalifah pada zaman bani Umaiyyah yang sebelum ini sudah 7 pemimpin yang memerintah pada zaman itu dan kemudian diturunkan wasiat oleh khalifah Sulaiman kepada Umar Abdul Aziz. Seingat aku, beliaulah yang banyak memberi khutbah keagamaan berbanding sebelum pemerintahannya. Tiba-tiba juga serta merta aku terfikir yang aku perlu membuat kajian. Lebih senang disebut latihan ilmiah/tesis Subjek Bahasa Arab sebagai syarat untukku graduate nanti... Cuma perlu diolah di dalam Bahasa Arab..
Sejak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, telah banyak beliau membuat perubahan. Semuanya berpandukan Al Quran dan As Sunnah dan sangat menjaga kebajikan rakyatnya.. Dengan kepimpinan beliau yang sangat adil dan telus dalam semua perkara menyebabkan semua masyarakat pada ketika itu sangat menyenanginya dan menyayanginya...
Namun, masihkah ada lagi pemimpin yang sangat menjaga kebajikan rakyatnya? orang miskin tidak ditindas? Orang kaya yang pemurah? pegawai, penolong atau siapapun dia sangat menjaga solat? Berbalik pada dunia hari ini yang penuh noda dan nafsu.. Yang mampu melawan hanyalah iman dan Taqwa. Namun, yang ada hanyalah segelintir...
Zaman sekarang sudah berubah.. tetapi ISLAM yang satu kan tertegak di puncaknya. Allah Maha Menguasai di atas tiap segala sesuatu... Biar di mana pun kita, hidup mestilah berlandaskan syariatNya..
Wahai sahabat, kita ummat akhir zaman... adakah kita, sama ada pernah jadi pimpinan, mahupun membuat tugasan bawahan, kita berlaku adil dalam setiap gerak geri..?? Segala ketidakpuasan hati, dengki, fitnah, menghina tanpa usul periksa adakah menyelubungi di hati kita?? para ulama' di caci, para ustaz di hina, para dai'e dijauhkan.. ibu bapa tidak lagi dihormati.. segala nasihat kita cuba endah tidak endah sahaja... Maksiat berleluasa, rasuah di sana sini.. Na'uzubillah...
Sahabat-sahabat, Islam menuntut kita menegur perbuatan seseorang yang melampaui batas, sama ada dia pemimpin ataupun rakyat jalanan, sesungguhnya Rasulullah pernah berkata, 'Agama itu Nasihat'.
Tidak syak lagi Islam agama yang Hak dan akan menguasai kembali dunia. Daulah Islamiyyah pasti terbentuk!
Semoga negara kita dapat lahirkan anak cucu cicit seperti 'Umar Abdul Aziz'!
Wassalam.

At Tirmizi menceritakan khalifah Umar al Khattab berkata, "Daripada anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupaiku daripada segi keberaniannya dan memenuhkan dunia dengan KEADILAN."! (diambil daripada Novel 'Umar Abdul Aziz' karya Abdul Latip Talib).
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment