? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Sunday, June 5, 2011

10 pintu SYAITAN masuki diri manusia



Assalamualaikum shbt2... =) apa khabar imanmu..? Moga semakin mantap.. emm, IMAN? boleh yazid dan boleh yanqus.. jadi moga kita semua sama2 sentiasa bermuhasabah diri setelah apa yg kita lakukan di dunia ini yang penuh kelalaian... kecuali..

Ia juga peringatan buat diriku yang tak lepas dari melakukan kesilapan & kesalahan... Hmm sahabat2 nak tahu..? Sebenarnya Malaikat dan syaitan sentiasa berlumba-lumba menguasai hati manusia. Syaitan? sentiasa sesaat mahu menawan pemilik hati itu terutama sekali umat islam agar melanggar perintah Allah.. Mereka sangat suka lihat kita tak pakai tudung, tidak solat, menipu, berzina, pergaduhan sesama muslim.. smuanya hanya kerana inginkan pangkat kemewahan dunia... Astaghfirullahal'azim.. Na'uzibillah..

Hmm, saya pun nak tahu jugak apa lah pintu yg syaitan dpt masuk dalam diri kita ni.. Jom shbt2 kita tengok...: -
  1. Sifat sombong & angkuh: Allah berfiman yg bermaksud: "jangan engkau memiringkan pipimu terhadap manusia krn kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yang berlenggang dlm perjalanannya krn sombong & bermegah-megah" (surah lukman:18).
  2. Sifat bakhil & kedekut: Firman Allah yang bermaksud: "sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendakiNya (menurut undang2 & peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkan. Sesungguhnya Dia Maha Mendalami PengetahuanNya lagi maha melihat akan hambaNya" (al-israk:30).
  3. Sifat Takbur apabila dia merasakan dirinya sudah lengkap: Firman Nya: Sesungguhnya orang yang sombong mnymbhKu, balasannya ialah neraka & akn rasa terhina." (al mukmin:60).
  4. Sifat Riak & suka dipuji: Rasulullah bersabda, maksudnya: "3 perkara yang membawa kecelakaan ialah org yang kikir & disegani, org yag mengikut hawa nafsunya dan org yang bangga dgn dirinya sendiri..
  5. Sifat Hasad dengki: Rasulullah juga bersabda yg b'maksud: Hindarilah kamu drpd perbuatan hasad kerana dpt memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering".
  6. Sifat suka memandang remeh kpd orang lain: Abu Umamah pernah meriwayatkan: "3 orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu & imam yang adil."
  7. Sifat ujub atau bangga diri.
  8. sifat suka bersenang lenang: Menurut Imam Ahmad(diriwayatkan oleh Abu Naim drpd Muaz Jabal) bermaksud: "jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang lenang shj."
  9. Sifat suka berangan-angan. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha sedaya upaya bg memperoleh kesenangan, selepas berusaha & berikhtiar itu lah Islam meminta umatnya bertawakkal & menyerah kpd ketentuanNya.
  10. Sifat suka berburuk sangka. Rasulullah bersabda, bermaksud: "nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. sebenarnya org yang berkata itulah yang paling rosak" (Riwayat muslim).
Apabila hati sudah bertaut dgn sifat mazmumah akan mudhlah syaitan menyesatkan manusia. Smoga kita dijauhkan dari segala sifat yang dibenci Allah itu..Amin.. sentiasalah kita menyebut "Aku berlindung dari Syaitan yang direjam". wassalam.

0 comments: