? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Friday, November 18, 2011

Saya seorang sahaja yang betul, anda salah!



102.  Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.103.Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.. apa khabar? semoga hari ini kalian bertambah sihat dan ceria serta bersemangat dari hari-hari yang sebelumnya.. semoga Allah sentiasa memegang dan memelihara hati kita dari segala kekotoran dan kemungkaran. Amin.

Alhamdulillah, sebentar tadi saya baru sahaja pulang dari open talk yang dianjurkan oleh PERMAI iaitu Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid. Alhamdulillah sekali lagi banyak input yang telah saya kutip dan terima. Untuk hari ini, disaat ini saya tergerak hati untuk berkongsikan diblog kerana bagi saya tajuk program open talk itu agak menarik dan sangkaan saya tidak sia-sia apabila disertakan ahli panel yang sangat ilmiah dan moderator yang mencuit hati ditambahi dengan tajuknya yang membuatkan kami ingin lebih tahu apakah disebalik tajuk “agree to disagree” itu.

Sebenarnya tajuk blog yang ingin saya kongsikan  adalah tentang AUKU tapi hati saya lebih tertarik untuk menaip tentang topic hari ini. Saya di sini tidak lah untuk menghurai satu persatu apa yang dibincangkan di open talk tersebut. Namun, isi di dalam tajuk tersebut telah terpanggil diri saya untuk berkongsi pada sahabat-sahabat khususnya yang berbeza pendapat atau ikhtilaf dalam sesuatu gerakan ataupun fikrah.

Kebetulan tajuk tersebut adalah tugasan umum saya dan sahabat saya sewaktu saya diploma. Dan saya juga sempat menghadiri program yang dianjurkan oleh KUIS tentang ikhtilaf dalam gerakan islam dan yang menghadirinya adalah bukan calang-calang pimpinan, pelbagai pimpinan dari pelbagai ngo telah hadir untuk membincangkan topic tersebut dalam satu program yang penuh ilmiah.

Apapun ingin saya kongsikan beberapa topic yang penting dari tugasan saya ini bersama sahabat-sahabat yang lain terutama adik-adik yang dari lepasan SPM yang baru merasai alam Mahasiswa  supaya dapat mengenali serba sedikit agar kita semua dapat memahami konsep ikhtilaf  dan adab-adab ketika dalam perbezaan pendapat. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua. Saya tertarik dengan kata saudara Hilal Asyraf, darimana ngo pun  kita berlainan fikrah, tetapi kita adalah seperti adik beradik, saudara seaqidah semuslim.
…………………………………………………………………………
Wajar jika Islam menghadapi musuh dari luar, sesuai sunnatut tadaafu‘(sunnah pertarungan) antara ynag haq dan yang bathil. Sebagaimana ketetapan Allah pada surah Al Furqan:31 yang ertinya,“Demikianlah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa”.

Yang perlu dikhawatirkan adalah jika musuh itu datang dari dalam tubuh Islam sendiri, gerakan Islam yang satu dengan gerakan Islam lainnya. Perbezaan yang terlalu dibesarkan dan dipermasalahkan dan menimbulkan perpecahan. Oleh sebab itu kita sangat memerlukan kesedaran yang mendalam mengenai apa yang disebut Fiqhul Ikhtilaf.

Al-Qaradawi menyeru kepada beberapa perkara di dalam isi kandungan fiqh al-Ikhtilaf, antaranya:
a) Umat Islam hendaklah berlapang di dalam perbezaan perkara yang furuk dan ranting.
b) Umat Islam hendaklah mengambil jalan moderat dan pertengahan di dalam beragama. Jalan ekstrim dan berlebihan akan membawa kepada kehancuran.
c) Umat Islam hendaklah mengutamakan perkara yang dipersetujui berbanding perkara yang dipertelingkahkan.
d) Umat Islam diseru agar menghormati perkara-perkara yang diijtihadkan, dan tidak taksub dengan pendapat ataupun ijtihad sendiri sahaja.
e) Umat Islam diseru untuk melihat pendapat-pendapat ulama secara adil dan menyeluruh. Sikap hanya mementingkan pendapat sendiri dan tidak melihat pandangan orang lain adalah dicela dan bertentangan dengan ruh kesatuan.
f) Umat Islam hendaklah bersatu di dalam menghadapi masalah bersama mereka yang lebih besar seperti isu Palestin, isu penjajahan, isu Kristianisasi dan lain-lain.
g) Umat Islam diseru agar bekerjasama di dalam perkara-perkara yang disepakati dan bermaafan di dalam perkara-perkara yang diperselisihkan.
h) Umat Islam juga diseru agar tidak mengkafirkan sesama Muslim.
Fiqh al-Ikhtilaf yang dilontarkan oleh al-Qaradwi ini bertitik tolak dari kesedaran beliau agar umat Islam dapat memahami satu sama lain. Beliau amat terkesan dengan perpecahan yang berlaku di antara para pejuang Islam dan gerakan-gerakan Islam. Maka fiqh al-Ikhtilaf menjadi solusi kepada persoalan tersebut.

SEBAB IKHTILAF ATAU PERSELISIHAN
 Faktor Akhlak.
- membanggakan diri dan kagum pendapat sendiri
– buruk sangka dan mudah menuduh orang tanpa bukti
– egoisme dan mengikuti hawa nafsu
– fanatik kepada pendapat orang, mazhab atau golongan
– fanatik kepada negeri, daerah, partai, jama’ah atau pemimpin
Kesemuanya ini akhlaq yang tercela dan hal yang mencelakakan. Kita wajib menghindari sifat-sifat tersebut.

Faktor Pemikiran
Timbul kerana perbezaan sudut pandang mengenai suatu masalah.
– masalah ilmiah, perbezaan berkaitan cabang syari’at dan beberapa masalah aqidah yang tidak menyentuh prinsip-prinsip yang pasti.
– masalah alamiah, perbezaan mengenai sikap politik dan pengambilan keputusan atas berbagai-bagai masalah.
- masalah politk, perbezaan yang bersifat politis dan fiqhi.
– Ikhtilaf fikriah, perbezaan pandangan mengenai penilaian terhadap sebagian ilmu pengetahuan atau mengenai penilaian terhadap sebagian peristiwa sejarah.

CARA MENGATASI IKHTILAF DALAM GERAKAN ISLAM
Beberapa Etika Ketika Berlaku Ikhtilaf

[ 1 ] Ikhlas dan menjauhi diri daripada mengikut hawa nafsu. Lapang dada menerima kritikan dan memahami bahawa ia adalah nasihat yang dihadiahkan oleh saudara seaqidah kita.

[ 2 ] Hendaklah memilih ucapan yang terbaik dalam berbincang bersama Muslim. Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapat dengan kita sebagai sesat, pembuat bida'ah, khurafat, jika kita tidak mempunyai nas-nas syara' yang menyatakan kesalahan mereka. Apatah lagi tuduhan kita berdasarkan syak dan tohmahan buta. Di samping itu, hendaklah meneliti sesuatu masalah dengan penelitian yang rapi. Tidak menggunakan sesuatu istilah atau lafaz kecuali pada tempat yang betul. Ia perlu berdasarkan maklumat yang tepat dan bukan berdasarkan berita angin. Allah Taala berfirman.
...وَقُولُواْ لِلنَّاسِ حُسْنًا...
[ Serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia (al Baqarah:83:1) ]

[ 3 ] Hendaklah memberikan ruang kepada orang lain mengetengahkan pendapat atau hujjah sama ada dari pihaknya atau pihak yang membangkang. Ia tidak boleh memotong percakapan orang lain atau menyakitinya.

[ 4 ] Mestilah menghormati pandangan orang lain, ini terbukti melalui peristiwa muzakarah Abu Bakar dengan Umar al Khattab mengenai pengumpulan al Quran selepas perang Yamamah. Abu Bakar pada mulanya enggan menerima tetapi apabila berlaku muzakarah dengan Umar, maka Abu Bakar mengakui kebenaran Umar dalam mengumpul dan menulis al Quran. Begitu juga kisah Umar al Khattab mengakui kebenaran Abu Bakar ketika mengisytiharkan perang terhadap orang murtad dan orang yang enggan mengeluarkan zakat yang pada mulanya dipersetujui oleh Umar al Khattab.

[ 5 ] Menghormati dan menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh para Ulama mujtahidin dalam pelbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka dan kita percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul mahupun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.

[ 6 ] Tidak perlu untuk kita memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah khilafiyyah. Begitu juga kita dilarang untuk menentang amalan-amalan khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang paling relevan di sisi kita.

CIRI-CIRI PERBEZAAN DI ANTARA JEMAAH-JEMAAH ISLAM MALAYSIA
            Perbezaan tentang kesyumulan dalam membangunkan Islam dengan segala peraturan dan hukumnya berdasarkan ijtihad ilmiah serta kemampuan untuk melaksanakannya. Di kalangan pendakwah ada yang mementingkan aspek-aspek tertentu dan mengabaikan aspek-aspek yang lain, atau mengutamakan sebahagian daripada peraturan Islam lebih daripada bahagian yang lain. Hal ini berlaku dalam suasana berkerjasama menuju ke arah kesyumulan pembangunan Akidah Islamiyyah dalam semua aspek .
           
        Perbezaan juga berlaku pada peraturan dan manhaj yang mereka tetapkan untuk diri dan sahabat mereka. Hal ini dilakukan mengikut ijtihad mereka dalam memahami manhaj yang bersifat ketuhanan juga berdasarkan keperluan umat Islam pada waktu atau suasana tertentu. Perbezaan ini berlaku biasanya pada susunan keutamaan sesetengah kerja Islam serta mendahulukan sesuatu aspek daripada yang lain atau memberi penumpuan kepada sudut keilmuan dan pendidikan lebih daripada sudut kemasyarakatan, ekonomi, politik atau sebaliknya.

            Berbeza pada pendekatan dan langkah-langkah yang diambil dalam melaksanakan program mereka. Contohnya, mungkin menggunakan pendekatan damai atau berlembut serta menjauhkan diri daripada melakukan kekasaran, atau menggunakan pendekatan politik serta mengambil bahagian dalam ceramah-ceramah politik, atau menjauhkan diri daripada membicarakan permasalahan khilafiyyah atau apa saja yang difikirkan atau dianggap sia-sia demi mengelak daripada berlakunya perselisihan yang akhirnya membawa kepada perpecahan.

            Sebenarnya perselisihan seumapama ini akan memperluaskan lagi pemikiran dan medan kerja Islam disamping memperluaskan juga pemikiran para pendakwah supaya mereka bukan hanya bergantung kepada satu pendekatan saja dalam melaksanakan kerja dakwah. Dari pendekatan yang banyak itu, setiap orang perseorangan atau jemaah hendaklah memilih apa yang difikirkan sesuai untuk diri atau jemaahnya dan melaksanakannya dengan penuh keyakinan. Pendekatan yang berbeza itu tidak sepatutnya menjadi penghalang yang utama ke arah mewujudkan perpaduan dan kerjasama di kalangan mereka.

Kesimpulan
          Wahai Umat Islam, berhentilah dari bertikam lidah dalam perkara ikhtilaf. Jika perkara ikhtilaf hendak dibincangkan juga, bincangkan dalam keadaan adil, tanpa kutuk mengutuk, bermasam muka, bahkan berbincanglah perkara tersebut dengan muka yang senyum, berkasih sayang dan boleh menjadikan kita berpeluk sesama kita selepas dari perbincangan tersebut.


        Marilah kita bersatu dalam menghadapi perkara ‘tanazuk’. Melawan dalam menghadapi golongan syirik, tidak kira ianya orang melayu atau orang bukan melayu. Melayu bukan bukti kebenaran, tetapi kebenaran itu datang dengan Islam.

Wassalam.

RUJUKAN
1. Judul Lengkapnya: GERAKAN ISLAM Antara Perbezaan Yang Dibolehkan dan Perpecahan Yang Dilarang (FIQHUL IKHTILAF) Karangan: Dr. Yusuf Qardhawi.
2. Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2010. Apa kata Islam mengenai manusia & Alam. Selangor:PTS Islamika.
3. Fauzi Zakaria.Riduan Mohamad Nor. Ogos2007. Penagaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb terhadap Gerakan Islam. Kuala Lumpur: Jundi Resources.
4. Dr. Muhammad Abu Al Fath Al- Bayanuniy. 1995. Penyatuan Kerja Gerakan Islam di antara harapan dan kenyataan. Budaya Ilmu Sdn Bhd

0 comments: