? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Sunday, April 22, 2012

Kerana aku belum solat


Aku bukanlah ingin mengarang sebuah cerpen yang indah jauh lagi untuk mengarang sebuah novel. Namun, apa yang ingin diselitkan dalam cerita ini adalah pengalaman. Pengalaman yang membawa pengajaran bagi hambaNya yang sentiasa berfikir.

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi, semoga kita sentiasa beroleh berkat dan keredhaan dariNya. Sebuah kisah yang datang dari naluri hamba yang lemah disisi Allah juga pengalaman diri ini yang datang melalui sebuah mimpi sebagai peringatan untuk hambaNya yang sering leka dan lalai. Astaghfirullah hal’azim.

Tatkala diri ini sangat keletihan membuat kerja disiang hari, sebagai seorang mahasiswa dan juga pekerja part time sudah tentu badan ingin memerlukan rehat yang secukupnya. ‘Akal yang sihat bermula dari badan yang sihat’. Kisah ini bermula sewaktu diriku pulang dari program. Entah mengapa diri ini begitu letih tidak seperti sebelum-sebelum ini yang masih dapat bertahan walaupun aku mempunyai tanggungjawab yang banyak.

Setelah selesai solat zohor aku terus terlelap di atas sejadah bersama telekung yang masih belum kutanggalkan, tangan ini tidak mampu berbuat apa-apa setelah mata sudah mulai pejam. Aku langsung tidak sedar sehigga asar, seolah-olah seperti pengsan. Menurut sahabat serumahku dia telah mengejutku untuk menunaikan solat asar. Namun sedikit pun tidak aku menunjukkan reaksi bahawa aku telah tersedar sehingga hampirnya waktu maghrib.

Bermulanya kisahku di alam mimpi, ketika itu aku sungguh bahagia bersama-sama sahabatku, bergelak tawa bersama, kami bersembang bersama. Disebalik sebuah rumah yang usang itu terdapat  sebuah bilik yang mana  sahabat-sahabatku dan aku berada di situ. sahabat-sahabatku yang bagiku mereka sentiasa mengingati Allah. Aku sempat bersolat zohor berjemaah bersama-sama dengan mereka. Setelah puas bersembang kami mahu keluar kerana asar sudah pun tiba waktunya, salah seorang dari sahabatku mengajak untuk menunaikan solat asar di luar dan mereka ingin keluar dari bilik tersebut termasuklah aku.

Aneh! Aku memandang di luar bilik, melihat di luar, sungguh kehairanan ruang ditengah seperti rumah yang tidak siap, terdapat lebih tiga batang kayu panjang yang besar di bahagian atas dan di lantai, batu bata yg bersepah, air yang lecak. Aku mula berfikir, bagaimana tadi aku dapat masuk ke bilik bertemu dengan sahabat-sahabatku dengan keadaan ruang yang kemas?

Seorang demi seorang sahabatku keluar dengan senyuman, aku pelik melihat mereka, dengan mudahnya mereka melalui jalan tersebut dengan mengangkat sendiri kayu yang besar dibantu oleh seseorang yang aku tidak kenali. Tetapi malangnya aku, aku cuba untuk mengelak dari kayu-kayu tersebut, tetapi tidak boleh, orang itu sudah tiada. Ya Allah.. aku cuba untuk melalui tempat-tempat yang lain, tetapi tidak lepas, sahabat dibelakangku melihatku dan hanya diam dan tunduk terus berlalu pergi dengan mudahnya. Tetapi kenapa aku tidak boleh, setiap kali aku cuba hendak keluar ada sahaja halangan. Aku mula rasa sebak dan ingin menangis, aku tidak dapat keluar dari rumah tersebut dan mengikut mereka. Adakah mereka ingin meninggalkanku keseorangan di sini? Aku mulai rasa takut dan tidak tentu arah.

Aku hanya dapat melihat mereka solat berjemaah dari jauh, hatiku menangis dan terasa sesuatu, kenapa aku yang tidak dapat lepas, apa salahku? Allah.. tiba-tiba, salah seorang dari sahabatku memanggil-manggil namaku berulang kali, akhirnya  senyuman mula mengukir dibibirku, aku mula menyahut panggilannya dan…… terus mataku terbuka dan terbangun dengan keadaan tersentak!

ALLAH! Aku bermimpi, rupa-rupanya sahabatku yang sedang memanggil-manggil namaku mengejutku dan memberitahu bahawa maghrib hampir tiba, astaghfirullahal’azim, aku terus bangun mengambil wudu’ dan terus menunaikan solat asar. Patutlah aku tidak dapat solat bersama mereka, kerana aku belum solat asar.

Alhamdulillah, aku punyai kawan yang sentiasa mengingatkanku, aku bersyukur kerana disebalik setiap kejadian ada hikmahnya. Mimpi itu sehingga saat ini masih dalam ingatan untuk aku sentiasa beringat SOLAT itu TIANG AGAMA…
Wallahu’alam.


0 comments: