Khas buat tatapan sahabatku dan juga hamba yang lemah ini... :)
Thursday, August 20, 2009
Kerdipan RamadhaN...
Khas buat tatapan sahabatku dan juga hamba yang lemah ini... :)
Posted by KamiLin at 2:33 PM 0 comments
Labels: iLmu
Thursday, August 6, 2009
Ya Allah, Berikanlah kami KesaBaRan...
Assalamualaikum w.b.t..Duhai Sahabatku yang dikasihi...
Semoga sihat walafiat dari segala penyakit misteri dan sentiasa dalam pemeliharan Allah swt.
Sahabatku,
Perjalanan seorang Dai'e itu memang mencabar bagi mereka yang benar-benar mahu menegakkan syiar isLam, mahu mengembalikan biah solehah di bumi KUIS tercinta ini...
Diri ini masih segar dalam ingatan pesanan oleh ustazku yang memberi peringatan dalam kelas ketika heboh tentang ALAM..
Fikirkan kembali duhai sahabat-sahabat KUIS sekalian, Adakah kalian mahu KUIS ini menjadi universiti ISLAM yang JAHIL terhadap ilmu agama??, hanya akademik mahu di sanjung tetapi akhlak, budi pekerti amalan amar maaruf nahi mugkar hilang ditelan arus jahilyyah BARAT??
Di mana jiwa kalian sebagai seorang pemuda isLam, MAHASISWA kolej Universiti ISLAM Antarabangsa Selangor?? jika kalian masuk di sini untuk perubahan m'islahkan diri untuk berada di tahap yang baik dan diredhai ALLAH, kalian harus terima undang2 yang telah ditetapkan KUIS. Tetapi sayang masih tak diikuti, inikan pula undang-undang yang ditetapkan ALLAH, seolah-olah mempersendakan agama tanpa kalian sedari.
Tidak kisah jika kalian benci ALAM kerana cara teguran mereka, segala kelemahan kami cuba perbaiki, tapi kami menegur disebabkan kami sayang kalian untuk bersama-sama mengejar syurgawi untuk mendapat keredaan Allah. Tetapi berhati-hatilah jika kalian benci ALAM atas DASAR yang di bawa ALAM amar maaruf nahi mungkar, boleh jadi apa yang kalian benci itu tetapi byk kebaikannya, kalian akan dipersoalkan di akhirat keLak. REnungkanlah.. Inilah pesan ustazku.
Buat sahabat-sahabat KUIS sekalian janganlah kita silap menafsir ayat Al Quran "tiada paksaan dalam agama". Janganlah kita jadi mahasiswa yang jahil yang akhirnya memakan diri kita sendiri..
Buat para dai'e yang mendokong syiar isLam, kamulah harapan dan cita-cita umat islam yang memikul beban yang besar. Firman Allah yang bermaksud, "sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al muzammil:5). Jadilah kamu seorang yang sabar seperti Rasulullah dan Sabar para ulama'..
Ujian yang berat inilah membuatkan kamu mampu untuk hidup dalam suasana yang getir walaupum banyak fitnah dan cabaran yang berlaku. semoga kita sama-sama diberi petunjuk oleh Allah swt.. Janganlah kita jadi umpama pepohon kering yang gugur daunnya jatuh ke bumi. tiada kehijauan dan tiada pula kehidupan. Apa lagi untuk berbuah!
Wassalam
Posted by KamiLin at 4:48 PM 0 comments
Labels: mahasiswa
Friday, July 31, 2009
BATALKAN PERHIMPUNAN anti ISA? : NO!
sALam Jihad fillah!
Doaku dari jauh, semoga perhimpunan mansuhkan ISA berjalan dengan lancar...
buat sahabat-sahabat yang pergi demonstrasi esok, semoga dalam pemeliharanNya...
InsyaAllah, Allah berpihak dengan kita..
AYUH! henTikan keZaLiman! Majulah kita berpihak pada yang beNaR!
Berkobar-kobar diri ini ingin bersama kalian, tapi apakan daya.. Apapun sokongan, doa, dan semangat tetap kuhulurkan buat kaliann...


Semoga niat kita ke sana, dengan ikhlas hati menghentikan kezaliman. Pedulikan apa orang kata! Teruskan mansuh ISA!
Adanya ISA, hanya mainan kerajaan yang memerintah! tiada lagi keadilan, kasih sayang, dan keamanan sejagat!
Kini Mahasiswa & masyarakat sudah pandai berfikir dengan WARAS! kami bukannya Lesu!
Ayuh Mahasiswa! 'kembalikan suara kampus dalam meledakkan perubahan!' dalam era 1960an.
Jadilah kita pemuda seperti zaman Rasulullah saw. yang dibangkitkan dengan anak-anak muda yang' berani menentang arus Jahiliyyah berhadapan dengan penguasa yang zalim!
ops, pemerintah kita sekarang zalim ke?? FIKIRkanLah kalian dengan minda yang terbuka.
Wassalam.

Posted by KamiLin at 9:46 PM 0 comments
Labels: isu semasa
JoM ke MasJiD

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirindui...
Semoga sahabat-sahabat sentiasa berada dalam pemeliharaanNya dan sihat-sihat selalu =D.
Bersyukurlah di atas nikmat kesihatan yang baik yang diberikan olehNya. Ingat 5 sebelum 5! ;-)

Dikesempatan nikmat pancainderaku yang sihat ini, ingin ku mengajak sahabat-sahabat sekalian ke karnival Jom ke Masjid yang bermula pada 31 Julai 2009 hingga 7 Ogos 2009.
Insya Allah semoga kita semua dapat mengimarahkan rumah Allah ini dengan pelbagai program yang diadakan.
Bagi yang sentiasa ke Masjid, inilah peluang mereka untuk bersama-sama membantu dan menjayakan program karnival ini dan syabas kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.
Semoga segala program yang dirancang mendapat keberkatan dan keredaan Allah swt.
Tidak ketinggalan bagi yang masih lagi tercari-cari permata hati untuk membersihkan jiwa mereka, janganlah bersendirian..
Allah sentiasa bersama kamu. Inilah peluang untuk kita bersama mengimarahkan lagi Masjid Al Azhar KUIS yang tersegam indah.
Semoga dihati sahabat-sahabat sekalian tersingkap kesedaran dalam pengorbanan dan perjuangan dalam menegakkan agama Allah. Dan sama-sama lah kita membantu sahabat-sahabat kita dalam menjayakan program ini, dan bukannya mengkritik dan mengumpat jika ada kelompangan yang berlaku!
Jadilah kita pemuda yang beriman dan bertaqwa dan sentiasa merinduiNya...
kitalah MAHASISWA penyeri masjid Al-Azhar! Bangunlah kalian! selagi kalian diberi nikmat sihat, GUNAKANLAH sebaiknya, dan hidupkanLAH diri kita dengan ISLAM!
Posted by KamiLin at 9:14 PM 0 comments
Labels: mahasiswa
Sunday, April 26, 2009
TERPIKAT DENGANMU!
Posted by KamiLin at 3:09 PM 0 comments
Labels: iLmu
Monday, March 16, 2009
AdaKaH AKU BanTah 'PPSMI'??
Posted by KamiLin at 10:21 AM 0 comments
Labels: isu semasa
Saturday, February 21, 2009
TeRcEMaRnya KeSuCiaN POLITIK
Wah.., kelihatan bz nampak sahabt2ku.. kat tangan, dalam poket, dlm beg, dlm fail penuh dengan iLmu2 untuk dicurahkan dalam exam nanti.hmm, dalam exam je ker nak curah?? tanya diri masing2 ye termasuk lah ana ni..:) minggu exam ni tak sah kan kalo kat tangan tu tak pegang nota2 ringkas sebelum masuk exam.. mesti pegang punya sampai ade yang nak berjalan ke pkk atau dpu pun mesti baca tak tengok kiri kanan dah,hehe...Sape tu?
Sebenarnya diri ini cuba nak istiqamah dalam penulisan blog walaupun sekarang kita sedang jihad dalam peperiksaan akhir, tetapi b'dasarkan kemampuan diri, mmg ana x sempat utk berkongsi pendapat dan pandangan bersama kalian tentang isu2 terkini dan yang berlaku di perak sekarang ni.. Bagi ana ia memang perlu diambil serius.. Maaflah kerana agak ketinggalan dalam memberi pandangan tentang isu di perak ini..wpun lmbat, tetapi itu bukan bermaksud ana langsung tidak mengmbil tahu tentang isu ini. cuma tak sempat nak sampaikan di blog je.. Apepun berdakwah tetap terus beRjaLan, takde perhentian daa...
Adus, tengok berita kat tv, internet, paper kosmo,utusan, b,harian, migguan.. ape lg? sumanya isu yg berlaku di pEraK. tetapi adakah kita perasan? Kebanyakannya berita yang disampaikan itu lebih berat sebelah dan melebih-lebihkan yang salah dari yang sebenar. "Jadi dah semuanya tak benar kite p'lu baca ape?? x pyh la nak sibuk2 tahu.. kita kan s2dent lg hal pemimpin tuu biarlah diorang settle kan, matlamat kita skarng ni blajar!" Subhanallah! ade jugak orang spt ini ye. semoga kita bukan jenis kalangan spt itu.. Sedarlah wahai umat seisLam ku, banyak lagi sumber yg kita boleh dapat sebenarnya, cuma nak ngan xnak cari je.. hmm, kaji balik yer..
Posted by KamiLin at 3:56 AM 1 comments
Labels: isu semasa




















