? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Tuesday, March 15, 2011

Hebatnya Guru Apabila diTaRbiaH...


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang kurindui kerana Allah.. Smoga kalian sihat dgn IzinNYA..

Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat Iman & kesihatan yang baik buat diri kita. Syukurlah di atas segala nikmatNya. Lama sudah insan yang lemah ini tidak menulis di blog yang kian dilupai... emm sepi tanpa berita..

Alhamdulillah, sekarang, diri ini muncul sebagai seorang guru terhadap anak didik Tahfiz... terasa diri begitu kerdil untuk memikul amanah yang ditugaskan untuk diri ku... Dahulu aku menulis bergelar sebagai seorang MAhaSisWa.. Kini Aku menulis bergelar sebagai seorang guru yang masih mahu belajar & mencari Pengalaman... Ternyata sungguh hebat rupanya menjadi seorang guru, pengorbanan yang sangat berharga...Aku sangat merindui guru-guruku yang telah mendidikku sehingga ke tahap ini. Terima kasih cikgu, terima kasih ustaz, terima kasih ustazah, syukran Muallim & Muallimah, Tq teacher, Tq sir, Tq Miss.. Uhibbukum Fillah...

Di sini lah tempat keduaku ditarbiah, setelah yang pertama aku melibatkan diri di Al Azhar Members (ALAM) KUIS. Terasa sangat rindu dengan ukhwah sahabat-sahabat. Beramal kerana Allah... Susah & senang sntiasa bersama..

HeBaTnya Seorang Guru apabila DITARBIAH,

Anak didik menjadi hebat apabila dididik oleh guru yang ditarbiah
Anak Remaja menjadi hebat apabila dididik oleh guru yang ditarbiah
Mahasiswa menjadi hebat apabila dididik oleh pensyarah yang ditarbiah

Kenapa mereka hebat?
kerana seorang guru juga sedia untuk menerima Tarbiah.
Mereka Sedia untuk Berkorban
Mereka bersabar dengan anak didik mereka
Mereka sentiasa Menghidupkan usrah
mereka sentiasa solat berjemaah
mereka tidak pernah meninggalkn al mathurat

Walau sesibuk manapun mereka
Allah sentiasa bersama
Mereka menerima TarBiah ISLAM dengan hati yang penuh Ikhlas
Mereka sentiasa mendoakn untuk kebaikan anak didik mereka
ujian dan rintangan itulah yang dapat meningkat iman mereka.

Tidak hairanlah
jika mereka digelar seorang Daie yang sangat berhikmah
Ketegasan mereka adalah untuk kebaikan
Teguran mereka adalah untuk peringatan

Semua ini kerana,
kita sering lupa & lalai
Mesti ada insan yang perlu m'ingatkan
tidak kira siapapun kita pada akan datang

jika kita ditarbiah oleh guru yang juga hebat diTarbiah
kita menjadi Insan yang hebat di Pandangn Allah

Justeru,
setiap apa yang kita mahu belajar
haruslah berguru,
Bergurulah dengan Insan yang ikhlas mahu mendidik kita menjadi orang yang hebat,.

Bagiku, sungguh hebatnya seorang guru apabila ditarbiah.


Terima kasih warga sekolah Tahfiz Al Islah & Sek Men Arab Tahfiz (STAIL & SMART) kerana memberi peluang kepadaku untuk menjadi seorang guru...

Wassalam

Saturday, April 3, 2010

Masihkah ada lagi???


"Kakak... kalo adik dah besar nanti kan, adik nak jadi pemimpin seperti 'Umar Abdul Aziz'!

..........................................................................................................................................................................

MasyaAllah, aku betul-betul terharu di atas kata-katanya.. sambil melihat dia memegang buku karya Abdul Latip Talib... Bagiku budak sekecil itu pasti sudah seronok dan riang ria bermain di padang permainan bersama kawan-kawannya...

Aku cuba mula mengingati, kisah Umar yang pada ketika itu Umar Abdul Aziz adalah khalifah pada zaman bani Umaiyyah yang sebelum ini sudah 7 pemimpin yang memerintah pada zaman itu dan kemudian diturunkan wasiat oleh khalifah Sulaiman kepada Umar Abdul Aziz. Seingat aku, beliaulah yang banyak memberi khutbah keagamaan berbanding sebelum pemerintahannya. Tiba-tiba juga serta merta aku terfikir yang aku perlu membuat kajian. Lebih senang disebut latihan ilmiah/tesis Subjek Bahasa Arab sebagai syarat untukku graduate nanti... Cuma perlu diolah di dalam Bahasa Arab..

Sejak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, telah banyak beliau membuat perubahan. Semuanya berpandukan Al Quran dan As Sunnah dan sangat menjaga kebajikan rakyatnya.. Dengan kepimpinan beliau yang sangat adil dan telus dalam semua perkara menyebabkan semua masyarakat pada ketika itu sangat menyenanginya dan menyayanginya...

Namun, masihkah ada lagi pemimpin yang sangat menjaga kebajikan rakyatnya? orang miskin tidak ditindas? Orang kaya yang pemurah? pegawai, penolong atau siapapun dia sangat menjaga solat? Berbalik pada dunia hari ini yang penuh noda dan nafsu.. Yang mampu melawan hanyalah iman dan Taqwa. Namun, yang ada hanyalah segelintir...

Zaman sekarang sudah berubah.. tetapi ISLAM yang satu kan tertegak di puncaknya. Allah Maha Menguasai di atas tiap segala sesuatu... Biar di mana pun kita, hidup mestilah berlandaskan syariatNya..

Wahai sahabat, kita ummat akhir zaman... adakah kita, sama ada pernah jadi pimpinan, mahupun membuat tugasan bawahan, kita berlaku adil dalam setiap gerak geri..?? Segala ketidakpuasan hati, dengki, fitnah, menghina tanpa usul periksa adakah menyelubungi di hati kita?? para ulama' di caci, para ustaz di hina, para dai'e dijauhkan.. ibu bapa tidak lagi dihormati.. segala nasihat kita cuba endah tidak endah sahaja... Maksiat berleluasa, rasuah di sana sini.. Na'uzubillah...

Sahabat-sahabat, Islam menuntut kita menegur perbuatan seseorang yang melampaui batas, sama ada dia pemimpin ataupun rakyat jalanan, sesungguhnya Rasulullah pernah berkata, 'Agama itu Nasihat'.

Tidak syak lagi Islam agama yang Hak dan akan menguasai kembali dunia. Daulah Islamiyyah pasti terbentuk!

Semoga negara kita dapat lahirkan anak cucu cicit seperti 'Umar Abdul Aziz'!

At Tirmizi menceritakan khalifah Umar al Khattab berkata, "Daripada anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupaiku daripada segi keberaniannya dan memenuhkan dunia dengan KEADILAN."! (diambil daripada Novel 'Umar Abdul Aziz' karya Abdul Latip Talib).


Wassalam.

Saturday, January 30, 2010

TAK TERKATA…

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mereka yang menyampaikah risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa
takut kepada seorangpun yang lain dari Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pembuat
Perhitungan".
(Surah Al-Ahzab: ayat: 39)

……………………………………………………………………………………………………………………
“Ayuh Mahasiswa sekalian, kita bangkit! Bangun! Corakkan perubahan! Tegakkan kebenaran! Hapuskan kezaliman. Kini tiba masanya dunia ini milik kita untuk menentukan kemenangan akan datang.” Ya pasti!

Aduh, semangatnya… Itulah ungkapan semangat yang sering dilaungkan oleh mereka yang benar-benar untuk melihat perubahan. Namun, apa yang sedihnya ramai mahasiswa kini hanya seronok mendengar, ‘excited’ bersorak, tetapi di mana tindakannya??? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?? Adakah kalian takut kepada pemimpin yang sekular? Takut kepada SB? Takut kepada pengurusan sekarang ni? Takut result exam teruk? Takut orang hina? Takut tak dapat tumpu dalam pelajaran? Takut ponteng kelas? Takut ibu bapa melenting? Di mana peranan kalian sebenarnya sebagai seorang Mahasiswa Islam? Adakah hanya untuk belajar dan dapat kerja bagus serta gaji lumayan??? Na’uzubillah..

Ya! Memang ilmu itu sangat penting untuk kita pelajari agar kita dapat menumpaskan musuh-musuh kita yang sekarang ni seronok serang pemikiran anak muda remaja yang semakin hanyut dengan hedonisme sana sini tanpa rasa secalit takut kepada Allah, bahkan lagi mencabar syariat yang ditetapkan Allah, tetapi kepada siapa lagi yang perlu kita mengharap? Kepada orang tua yang sudah bongkok? atau kepada kanak-kanak yang masih tidak mengerti dunia ini? Aduhai sahabat-sahabatku, kitalah jiwa pemuda, mahasiswa yang sangat berperanan dalam menentukan perubahan untuk memperjuangkan agama Allah iaitu agama islam.

Percayalah sahabatku, islam itu benar, syurga itu benar, mati itu benar, akhirat itu benar. Dengan miliki ilmu, iman, amal dan taqwa itu sahaja yang dapat melindungi diri kita daripada menghanyutkan diri kita daripada kelalaian. Ayuh sahabat-sahabatku, carilah persatuan yang terisi dengan gerak kerja dakwah dan menaikkan kembali semangat mahasiswa islam yang sebenar bukan amalan sekular. Sahabatku, sungguh besar tanggungjawab kita sebenarnya sebagai mahasiswa islam sehingga tak terkata...

Yakinlah, “wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (surah Muhammad:7)

Wassalam.

________________________________________________________
MOHON MAAF
___________________________________________________
Assalamualaikum sahabat yang dirindui kerana Allah..

Pertama kali ana mohon maaf kerana terlalu lama ana menyepikan blog ana ini tanpa membawa perkongsian maklumat, pandangan, kritikan mahupun idea...

Banyak yang ingin disampaikan buat sahabat-sahabat, tetapi mungkin keadaan diri ana ni yang malas nak menulis,.. Ya Allah.. rasa lemahnya dan hinanya ana disisi Allah...

Dari tahun 2009 hinggalah lembaran baru Maal Hijrah@2010, apabila berkait tentang soal masa, Masya Allah sangat-sangat merugikan kita jika kita tidak gunakan ia sebaiknya..

Banyak isu-isu di dalam KUIS ana terlepas nak kongsikan bersama sahabat.. Namun apa yang ana mahu beritahu di sini KEBANGKITAN EVOLUSI PERUBAHAN MAHASISWA SUDAHPUN BERMULA. Mahasiswa KUIS mula CAKNA dengan isu Semasa.. Semua ini bermula di atas pimpinan yang sedar dalam kebajikan Mahasiswa. 'Maka suatu hari,tidak pelik dan hairan jika Masjid Al Azhar dipenuhi Mahasiswa KUIS' (paham-paham jelah yer)

Segala pujian,kritikan mahupun tohmahan terimalah dengan hati yang terbuka sebagai seorang pelajar yang berwawasan mindanya.

sebelum terlupa, TAHNIAH buat MPM yang baru. Kami sentiasa menyokong anda dari belakang. Dan buat MANTAN MPM terima kasih sepanjang pemerintahan kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.

Jaga diri, jaga iman, kawaL PeRasaan.. SaLAm Ukhwah.


Friday, October 23, 2009

SeKadar MeLihaT



Gerimis senja bagai berbisik dalam hati, sifat insani masihkah berjiwa nurani?? Tika hati meruntun rasa,
Ikhlaskah kita mengh
ayati perjalanan, penderitaan saudara seislam kita??

Gerimis senja bagai menyapa membawa pesan, Benarkah kita berjiwa insan??
Tika sepasang mata menyaksikan kekejaman, kerosakan, kepayahan, kemusnahan...

Di manakah nilai duduknya mata hati merenungi dengan keinsafan???


Gerimis senja lantas berlalu sepi...
Aduhai anak-anak Adam tiada terkesan di hati...
Iktibar dan pengajaran bagai tak terisi..

tsunami
banjir

tanah runtuh

mangsa peperangan

Tuesday, September 1, 2009

Nak tak nak.. kena jugaK..

Bittaufiq wannajah fil imtihan
:)

Thursday, August 20, 2009

Kerdipan RamadhaN...



Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi, semoga kita sama-sama bersyukur di atas nikmat islam yang diberikan Allah ini.. Gunakanlah kehidupan kita ini sebaik-baiknya dengan mendapat keredaan Allah swt.

Alhamdulillah, semoga kehadiran Cahaya Ramadan yang barakah ini, sama-sama kita dapat bersihkan jiwa kita dan secara tidak langsung dapat mentarbiyyahkan diri kita.. Gunakanlah bulan yang mulia ini sebaik-baiknya dan nasihat untuk semua dan ana sendiri, banyakkanlah kita muhasabah kembali setiap perkara yang kita lalui, berapa banyak kita dapat beri sumbangan untuk islam agama tercinta ini...

Khas buat tatapan sahabatku dan juga hamba yang lemah ini... :)

"Ramadan engkau adalah raja bulan,
Ketibaan mu setahun sekali,
Engkau sangat agung kau sangat mulia,
Padamu rahmat padamu berkat,
Berhimpun seluruh kebaikan.
Kedatanganmu membwa rahmat
Keberkatan dan keampunan
Pahala berganda
Doa dikabulkan
Begitulah keistimewaan
RAMADHAN.......
Dan agungnya...
Engkau disisi Tuhan...
Tapi kedatanganmu aku bimbang
Aku takut kalau
Tak dapat memuliakan
Dan tidak dapat mengagungkanmu
Lebih-lebih lagi aku yang memperdaya dan mencemarkan kebesaranmu
Sememangnya aku bimbang akan ketibaan mu
Pelbagai perasaan yg aku rasa...
Bagai ada sesuatu yang tidak kena
Rasa bersalah dan rasa berdosa...
Org lain terhibur dgn kedatanganmu tp lain pula aku bimbang selalu
...........................................................
Aku memohon padamu Tuhan dengan berkat engkau ya Ramadan
Agar ku dapat memuliakanmu...."
.................................................
Mawaddah d'hearty

Thursday, August 6, 2009

Ya Allah, Berikanlah kami KesaBaRan...

Assalamualaikum w.b.t..

Duhai Sahabatku yang dikasihi...
Semoga sihat walafiat dari segala penyakit misteri dan sentiasa dalam pemeliharan Allah swt.

Sahabatku,
Perjalanan seorang Dai'e itu memang mencabar bagi mereka yang benar-benar mahu menegakkan syiar isLam, mahu mengembalikan biah solehah di bumi KUIS tercinta ini...
Diri ini masih segar dalam ingatan pesanan oleh ustazku yang memberi peringatan dalam kelas ketika heboh tentang ALAM..

Fikirkan kembali duhai sahabat-sahabat KUIS sekalian, Adakah kalian mahu KUIS ini menjadi universiti ISLAM yang JAHIL terhadap ilmu agama??, hanya akademik mahu di sanjung tetapi akhlak, budi pekerti amalan amar maaruf nahi mugkar hilang ditelan arus jahilyyah BARAT??

Di mana jiwa kalian sebagai seorang pemuda isLam, MAHASISWA kolej Universiti ISLAM Antarabangsa Selangor?? jika kalian masuk di sini untuk perubahan m'islahkan diri untuk berada di tahap yang baik dan diredhai ALLAH, kalian harus terima undang2 yang telah ditetapkan KUIS. Tetapi sayang masih tak diikuti, inikan pula undang-undang yang ditetapkan ALLAH, seolah-olah mempersendakan agama tanpa kalian sedari.

Tidak kisah jika kalian benci ALAM kerana cara teguran mereka, segala kelemahan kami cuba perbaiki, tapi kami menegur disebabkan kami sayang kalian untuk bersama-sama mengejar syurgawi untuk mendapat keredaan Allah. Tetapi berhati-hatilah jika kalian benci ALAM atas DASAR yang di bawa ALAM amar maaruf nahi mungkar, boleh jadi apa yang kalian benci itu tetapi byk kebaikannya, kalian akan dipersoalkan di akhirat keLak. REnungkanlah.. Inilah pesan ustazku.

Buat sahabat-sahabat KUIS sekalian janganlah kita silap menafsir ayat Al Quran "tiada paksaan dalam agama". Janganlah kita jadi mahasiswa yang jahil yang akhirnya memakan diri kita sendiri..

Buat para dai'e yang mendokong syiar isLam, kamulah harapan dan cita-cita umat islam yang memikul beban yang besar. Firman Allah yang bermaksud, "sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al muzammil:5). Jadilah kamu seorang yang sabar seperti Rasulullah dan Sabar para ulama'..Ujian yang berat inilah membuatkan kamu mampu untuk hidup dalam suasana yang getir walaupum banyak fitnah dan cabaran yang berlaku. semoga kita sama-sama diberi petunjuk oleh Allah swt..

Janganlah kita jadi umpama pepohon kering yang gugur daunnya jatuh ke bumi. tiada kehijauan dan tiada pula kehidupan. Apa lagi untuk berbuah!

Wassalam