? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Monday, October 27, 2008

HaTi Vs AkaL


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat, diharap hari yang barakah ini kita mendapat perlindungan, keberkatan dan keredaan daripada Allah s.w.t. Hati vs akal itulah blog pertama ku, Alhamdulillah, akhirnya ana mempunyai blog sendiri, syukran yg tidak terhingga buat ukhti mujahidah hayati yg banyak membantu ana dan sahabat2 ana dalam menghasilkan blog sendiri. blog ini adalah buat tatapan ana dan semua sahabat2.
Hati dan Akal sebenarnya sgt berkait rapat seperti langit dan bumi, ia tak boleh dipisahkan. Ia adalah kekuatan di dalam jiwa kita. Hati dan akal yang kita miliki sangat istimewa dan berharga buat diri kita yang lemah disisi Allah.
Di dalam Al Quran pun terdapat perbezaan antara hati orang yang beriman dan orang kafir.
firman Allah yang bermaksud:"Orang-orang yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kepadaNya"(Al=Anfaal:2).
Maksud di atas ini menggambarkan hati orang2 yang beriman. Bagi hati orang kafir juga terdapat di dalam Al Quran, Allah berfirman yang bermaksud,"Sesunggguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Al=Hajj"46).
Semoga Allah sentiasa pelihara diri kita dalam islam dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman, ameen.
Kita juga perlu bersyukur kerana dikurniakan akal fikiran. segala yang Allah ciptakan mesti mempunyai sebab dan tujuan untuk kita berfikir terhadap kurniaanNya. Kerana akal juga kita dapat membezakan antara sifat mahmudah dan mazmumah. Ana ada terbaca di dalam buku tentang islam dimana di dalam tulisannya ada tertulis "cahaya akal tidak dapat dipadamkan oleh sesuatu kecuali maksiat." cahaya akal ini diberikan kepada orang2 mukmin yang melihat sesuatu perkara dengan cahaya dari Allah yang dapat melihat sesuatu disebalik tutup yang halus. Fiman Allah yang bermaksud,"Barang siapa tidak diberi cahaya(petunjuk) oleh Allah tiadalah ia mempunyai cahaya walau sedikit pun." (An-Nur:40).
Justeru, sesiapa yang melakukan maksiat termasuklah diri ana yang hina disisi Allah, cepat-cepatlah kita insaf dan bertaubat. Rasulullah s.a.w telah bersabda"sesiapa yang melakukan dosa akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanya buat selama2nya."
Setakat ini ana dapat coretkan, InsyaAllah jika dipanjangkan usia memang byk lg ana mahu kongsikan untuk sahabat-sahabat semua. Semoga apa yang ana tulis ini juga dapat menjadi amalan untuk diri ana.
wassalam

1 comments:

husaini said...

salm teruskan perjuangan dalm penulisan d blog:-

”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”

(Abu al-A’la al-Maududi)