? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Thursday, November 27, 2008

Ya ALLAH, BerSiHkanLah JiWA KaMi



Assalamualaikum dan salam mahabbah,salam rindu buat ummi dan abah, kakakku, abangku dan adik-adikku yang comel,hehe serta tak lupa juga buat sahabat-sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang memasuki dalam ruangan ini. Semoga kalian sihat dengan izinNya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih mengizinkan ana untuk mengisi ruang dalam blog yang ala simple ni untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan saling mengingati antara satu sama lain. Kita sebagai hamba Allah tidak akan terlepas dalam melakukan kesilapan tanpa kita sedari dan tanpa kita bermuhasabah. Kadangkala kita terlepas pandang, leka dan lalai. Justeru, kita sendiri perlu belajar, memahami, berusaha mencari dan pergi ke usrah2 yang boleh mentarbiyah diri kita dalam membentuk peribadi seorang muslim yang sebenar dan mengamalkan dalam kehidupan seharian kita. Dalam mencari sahabat pula, sahabat amat penting buat diri ana kerana ana sendiri memerlukan sahabat iaitu sahabat yang solehah dan beriman. Ia juga umpama cermin buat kita. Ukhwah yang terjalin antara kita tidak akan terputus jika kita berlandaskan iman, dan dengan ukhwah yang kukuh inilah dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita. susah dan senang sentiasa berdamping dengan kita dan menegur kesilapan kita kerana sahabat menyayangi kita kerana Allah. Dengan ukhwah yang b'paksikan iman dan taqwa ini juga sebenarnya dapat melapangkan dan menenangkan jiwa kita. Ukhwah fillah abadan abada.. Terima kasih Ya Allah di atas pemberian nikmatmu.. hehe.. ni baru muqaddimah.. isi nya belum masuk lagi...
Untuk mendapat jiwa yg tenang, memang byk kaedahnya, cuma antara rajin dan malas serta niat dan amalan kita shj. Tepuk dada tnya iman kita, sejauh manakah kita sentiasa b'ingat kpd Allah?? Adakah setelah hati kita berasa susah dan gelisah? dan di manakah hati kita sewaktu kita b'senang lenang, adakah kita selalu ingat kpd Allah yg Maha Kuasa?? Wahai sahabat-sahabatku, tidak kira walau di mana dirimu berada sama-sama lah kita sentiasa b'ingat kpd Allah. Ajal dan maut di tangan Tuhan, bila2 sj kita boleh meninggalkan dunia yg fana ini. Justeru, sama2 lah kita bersihkan jiwa kita dengan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah.. Tetapi, bagaimana caranya??? Al Quran lah jawapannya.
Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas kita bukan hanya ujian semata-mata malah dapat mendekatkan diri kita dgn-Nya. Dalam kehidupan seharian sebenarnya kita tidak boleh lari daripada m'hadapi masalah yg timbul sama ada b'punca dari diri sendiri atau orang lain. Kadang-kadang kita akan rasa tidak sabar, cepat nak melenting, 'give up', dan bermcam-mcm lagi sehingga kita lupa kpd Allah. Di dalam surah Al-Nisa':8 yg b'mksd:"Allah meringankan bagi mu p'aturan2 agama dan manusia dan manusia itu dijadikan bersifat lemah." Maka, apa yang perlu kita lakukan??
Dr.Amaludin Ab. Rahman ada m'huraikan beberapa cara untuk menyucikan jiwa kita, antara amalannya:
  • solat wajib dan solat sunat
  • puasa wajib dan sunat
  • mengeluarkan zakat
  • menunaikan haji
  • membaca Al Quran
  • Berzikir dan berdoa
  • Muhasabah diri
  • Jihad, amar maaruf nahi munkar dll.
Firman Allah yang bermaksud," mereka yg mengingati Allah baik waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah engkau menjadikan ini dengan sia2..(surah ali Imran:191). Kehidupan kita ini tidak boleh lari daripada masalah dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah.
Aqidah merupakan asas kepada kita, dengan akidah, hati seseorang dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan. Dengan aqidah Islam juga akan menghasilkan manusia yang tenang jiwa raganya. Untuk mendapat fahaman yg sefikrah dalam memperjuangkan agama Allah kita mestilah bersedia jiwa dan raga terlebih dahulu. Jika kita slalu menyebut "tidak ada perjuangan kalau tidak ada pengorbanan" tetapi ana ingin tmbahkan lg tidak ada fikrah yang satu kalau kita tidak ada kefahaman jiwa yang sebenar.

0 comments: