Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Saturday, December 10, 2011
Friday, November 18, 2011
Saya seorang sahaja yang betul, anda salah!
102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu
mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.103.Dan berpeganglah kamu semuanya
kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan
nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan,
Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah,
orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu
Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
Assalamualaikum
sahabat-sahabat sekalian.. apa khabar? semoga hari ini kalian bertambah sihat
dan ceria serta bersemangat dari hari-hari yang sebelumnya.. semoga Allah
sentiasa memegang dan memelihara hati kita dari segala kekotoran dan
kemungkaran. Amin.
Alhamdulillah,
sebentar tadi saya baru sahaja pulang dari open talk yang dianjurkan oleh
PERMAI iaitu Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid. Alhamdulillah sekali lagi banyak input
yang telah saya kutip dan terima. Untuk hari ini, disaat ini saya tergerak hati
untuk berkongsikan diblog kerana bagi saya tajuk program open talk itu agak
menarik dan sangkaan saya tidak sia-sia apabila disertakan ahli panel yang
sangat ilmiah dan moderator yang mencuit hati ditambahi dengan tajuknya yang membuatkan
kami ingin lebih tahu apakah disebalik tajuk “agree to disagree” itu.
Sebenarnya
tajuk blog yang ingin saya kongsikan adalah tentang AUKU tapi hati saya lebih
tertarik untuk menaip tentang topic hari ini. Saya di sini tidak lah untuk
menghurai satu persatu apa yang dibincangkan di open talk tersebut. Namun, isi
di dalam tajuk tersebut telah terpanggil diri saya untuk berkongsi pada
sahabat-sahabat khususnya yang berbeza pendapat atau ikhtilaf dalam sesuatu
gerakan ataupun fikrah.
Kebetulan
tajuk tersebut adalah tugasan umum saya dan sahabat saya sewaktu saya diploma. Dan
saya juga sempat menghadiri program yang dianjurkan oleh KUIS tentang ikhtilaf
dalam gerakan islam dan yang menghadirinya adalah bukan calang-calang pimpinan,
pelbagai pimpinan dari pelbagai ngo telah hadir untuk membincangkan topic tersebut
dalam satu program yang penuh ilmiah.
Apapun
ingin saya kongsikan beberapa topic yang penting dari tugasan saya ini bersama
sahabat-sahabat yang lain terutama adik-adik yang dari lepasan SPM yang baru
merasai alam Mahasiswa supaya dapat
mengenali serba sedikit agar kita semua dapat memahami konsep ikhtilaf dan adab-adab ketika dalam perbezaan pendapat.
Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua. Saya tertarik dengan kata saudara
Hilal Asyraf, darimana ngo pun kita
berlainan fikrah, tetapi kita adalah seperti adik beradik, saudara seaqidah
semuslim.
Wajar
jika Islam menghadapi musuh dari luar, sesuai sunnatut tadaafu‘(sunnah
pertarungan) antara ynag haq dan yang bathil. Sebagaimana ketetapan Allah pada
surah Al Furqan:31 yang ertinya,“Demikianlah, telah Kami adakan bagi
tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa”.
Yang perlu dikhawatirkan
adalah jika musuh itu datang dari dalam tubuh Islam sendiri, gerakan Islam yang
satu dengan gerakan Islam lainnya. Perbezaan yang terlalu dibesarkan dan
dipermasalahkan dan menimbulkan perpecahan. Oleh sebab itu kita sangat memerlukan
kesedaran yang mendalam mengenai apa yang disebut Fiqhul Ikhtilaf.
Al-Qaradawi
menyeru kepada beberapa perkara di dalam isi kandungan fiqh al-Ikhtilaf,
antaranya:
a) Umat Islam
hendaklah berlapang di dalam perbezaan perkara yang furuk dan ranting.
b) Umat Islam
hendaklah mengambil jalan moderat dan pertengahan di dalam beragama. Jalan
ekstrim dan berlebihan akan membawa kepada kehancuran.
c) Umat Islam
hendaklah mengutamakan perkara yang dipersetujui berbanding perkara yang
dipertelingkahkan.
d) Umat Islam
diseru agar menghormati perkara-perkara yang diijtihadkan, dan tidak taksub
dengan pendapat ataupun ijtihad sendiri sahaja.
e) Umat Islam
diseru untuk melihat pendapat-pendapat ulama secara adil dan menyeluruh. Sikap
hanya mementingkan pendapat sendiri dan tidak melihat pandangan orang lain
adalah dicela dan bertentangan dengan ruh kesatuan.
f) Umat Islam
hendaklah bersatu di dalam menghadapi masalah bersama mereka yang lebih besar
seperti isu Palestin, isu penjajahan, isu Kristianisasi dan lain-lain.
g) Umat Islam
diseru agar bekerjasama di dalam perkara-perkara yang disepakati dan bermaafan
di dalam perkara-perkara yang diperselisihkan.
h) Umat Islam
juga diseru agar tidak mengkafirkan sesama Muslim.
Fiqh
al-Ikhtilaf yang dilontarkan oleh al-Qaradwi ini bertitik tolak dari kesedaran
beliau agar umat Islam dapat memahami satu sama lain. Beliau amat terkesan
dengan perpecahan yang berlaku di antara para pejuang Islam dan gerakan-gerakan
Islam. Maka fiqh al-Ikhtilaf menjadi solusi kepada persoalan tersebut.
SEBAB IKHTILAF ATAU PERSELISIHAN
Faktor Akhlak.
- membanggakan
diri dan kagum pendapat sendiri
– buruk sangka
dan mudah menuduh orang tanpa bukti
– egoisme dan
mengikuti hawa nafsu
– fanatik kepada
pendapat orang, mazhab atau golongan
– fanatik kepada
negeri, daerah, partai, jama’ah atau pemimpin
Kesemuanya
ini akhlaq yang tercela dan hal yang mencelakakan. Kita wajib menghindari
sifat-sifat tersebut.
Faktor Pemikiran
Timbul kerana
perbezaan sudut pandang mengenai suatu masalah.
– masalah ilmiah,
perbezaan berkaitan cabang syari’at dan beberapa masalah aqidah yang tidak
menyentuh prinsip-prinsip yang pasti.
– masalah
alamiah, perbezaan mengenai sikap politik dan pengambilan keputusan atas
berbagai-bagai masalah.
- masalah
politk, perbezaan yang bersifat politis dan fiqhi.
– Ikhtilaf
fikriah, perbezaan pandangan mengenai penilaian terhadap sebagian ilmu
pengetahuan atau mengenai penilaian terhadap sebagian peristiwa sejarah.
CARA MENGATASI
IKHTILAF DALAM GERAKAN ISLAM
Beberapa Etika
Ketika Berlaku Ikhtilaf
[ 1 ] Ikhlas dan
menjauhi diri daripada mengikut hawa nafsu. Lapang dada menerima kritikan dan
memahami bahawa ia adalah nasihat yang dihadiahkan oleh saudara seaqidah kita.
[ 2 ] Hendaklah
memilih ucapan yang terbaik dalam berbincang bersama Muslim. Jangan menuduh
orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapat dengan kita sebagai
sesat, pembuat bida'ah, khurafat, jika kita tidak mempunyai nas-nas syara' yang
menyatakan kesalahan mereka. Apatah lagi tuduhan kita berdasarkan syak dan
tohmahan buta. Di samping itu, hendaklah meneliti sesuatu masalah dengan
penelitian yang rapi. Tidak menggunakan sesuatu istilah atau lafaz kecuali pada
tempat yang betul. Ia perlu berdasarkan maklumat yang tepat dan bukan
berdasarkan berita angin. Allah Taala berfirman.
...وَقُولُواْ لِلنَّاسِ حُسْنًا...
[ Serta
ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia (al Baqarah:83:1) ]
[ 3 ] Hendaklah
memberikan ruang kepada orang lain mengetengahkan pendapat atau hujjah sama ada
dari pihaknya atau pihak yang membangkang. Ia tidak boleh memotong percakapan
orang lain atau menyakitinya.
[ 4 ] Mestilah
menghormati pandangan orang lain, ini terbukti melalui peristiwa muzakarah Abu
Bakar dengan Umar al Khattab mengenai pengumpulan al Quran selepas perang
Yamamah. Abu Bakar pada mulanya enggan menerima tetapi apabila berlaku
muzakarah dengan Umar, maka Abu Bakar mengakui kebenaran Umar dalam mengumpul
dan menulis al Quran. Begitu juga kisah Umar al Khattab mengakui kebenaran Abu
Bakar ketika mengisytiharkan perang terhadap orang murtad dan orang yang enggan
mengeluarkan zakat yang pada mulanya dipersetujui oleh Umar al Khattab.
[ 5 ]
Menghormati dan menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh para Ulama
mujtahidin dalam pelbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan
mereka dan kita percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul mahupun
salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.
[ 6 ] Tidak
perlu untuk kita memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah
khilafiyyah. Begitu juga kita dilarang untuk menentang amalan-amalan
khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang paling relevan di
sisi kita.
Perbezaan tentang kesyumulan dalam
membangunkan Islam dengan segala peraturan dan hukumnya berdasarkan ijtihad
ilmiah serta kemampuan untuk melaksanakannya. Di kalangan pendakwah ada yang
mementingkan aspek-aspek tertentu dan mengabaikan aspek-aspek yang lain, atau
mengutamakan sebahagian daripada peraturan Islam lebih daripada bahagian yang
lain. Hal ini berlaku dalam suasana berkerjasama menuju ke arah kesyumulan
pembangunan Akidah Islamiyyah dalam semua aspek .
Perbezaan juga berlaku pada
peraturan dan manhaj yang mereka tetapkan untuk diri dan sahabat mereka. Hal
ini dilakukan mengikut ijtihad mereka dalam memahami manhaj yang bersifat
ketuhanan juga berdasarkan keperluan umat Islam pada waktu atau suasana
tertentu. Perbezaan ini berlaku biasanya pada susunan keutamaan sesetengah
kerja Islam serta mendahulukan sesuatu aspek daripada yang lain atau memberi
penumpuan kepada sudut keilmuan dan pendidikan lebih daripada sudut
kemasyarakatan, ekonomi, politik atau sebaliknya.
Berbeza pada pendekatan dan
langkah-langkah yang diambil dalam melaksanakan program mereka. Contohnya,
mungkin menggunakan pendekatan damai atau berlembut serta menjauhkan diri
daripada melakukan kekasaran, atau menggunakan pendekatan politik serta
mengambil bahagian dalam ceramah-ceramah politik, atau menjauhkan diri daripada
membicarakan permasalahan khilafiyyah atau apa saja yang difikirkan atau
dianggap sia-sia demi mengelak daripada berlakunya perselisihan yang akhirnya
membawa kepada perpecahan.
Sebenarnya perselisihan seumapama
ini akan memperluaskan lagi pemikiran dan medan kerja Islam disamping
memperluaskan juga pemikiran para pendakwah supaya mereka bukan hanya
bergantung kepada satu pendekatan saja dalam melaksanakan kerja dakwah. Dari
pendekatan yang banyak itu, setiap orang perseorangan atau jemaah hendaklah
memilih apa yang difikirkan sesuai untuk diri atau jemaahnya dan
melaksanakannya dengan penuh keyakinan. Pendekatan yang berbeza itu tidak
sepatutnya menjadi penghalang yang utama ke arah mewujudkan perpaduan dan
kerjasama di kalangan mereka.
Kesimpulan
Wahai Umat Islam, berhentilah dari
bertikam lidah dalam perkara ikhtilaf. Jika perkara ikhtilaf hendak
dibincangkan juga, bincangkan dalam keadaan adil, tanpa kutuk mengutuk,
bermasam muka, bahkan berbincanglah perkara tersebut dengan muka yang senyum,
berkasih sayang dan boleh menjadikan kita berpeluk sesama kita selepas dari
perbincangan tersebut.
Marilah
kita bersatu dalam menghadapi perkara ‘tanazuk’. Melawan dalam menghadapi
golongan syirik, tidak kira ianya orang melayu atau orang bukan melayu. Melayu
bukan bukti kebenaran, tetapi kebenaran itu datang dengan Islam.
Wassalam.
RUJUKAN
1. Judul Lengkapnya: GERAKAN ISLAM
Antara Perbezaan Yang Dibolehkan dan Perpecahan Yang Dilarang (FIQHUL IKHTILAF)
Karangan: Dr. Yusuf Qardhawi.
2. Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2010. Apa
kata Islam mengenai manusia & Alam. Selangor:PTS Islamika.
3. Fauzi Zakaria.Riduan Mohamad Nor.
Ogos2007. Penagaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb terhadap Gerakan Islam. Kuala
Lumpur: Jundi Resources.
4. Dr. Muhammad Abu Al Fath Al-
Bayanuniy. 1995. Penyatuan Kerja Gerakan Islam di antara harapan dan
kenyataan. Budaya Ilmu Sdn Bhd
Posted by KamiLin at 7:11 AM 0 comments
Labels: isu semasa
Saturday, November 5, 2011
Ku mahasiswa kembali…
Bismillahirrahmanirrahim…
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. akhirnya tergerak juga hati dan tangan ini untuk menulis semula, hobiku dari kecil.. tp oh tidak… nak menaip je jadi malas! Jadi banyaklah cerita-cerita yang ingin dikongsikan bersama sahabat tergendala…
Tapi kali ini, aku tidak boleh malas! Aku dah ‘bersara seketika’ (kononnya) dulu boleh la dengan alasan melayan kerenah anak murid, buat kertas soalan, tanda markah, aktiviti pelajar, lesen dan mcm2 lagi lah.. tapi kini Alhamdulillah ku sudah bergelar MahasIswa kembali…. Dah dengar motivasi dari saudara Hilal Asyraf dalam kelab penulisan irbid jd semangatlah semula.. Makanyaa…. Tidak ku dpt lari dari menulis ini.. kerana seorang pelajar dia mesti mahu belajar walau sejauh mana pun malasnya itu… anda tidak percaya? Cuba tengok kawan-kawan anda yang malas (kalau ada).. jangan bezakan ‘malas’ seorang mahasiswa dengan ‘malas’ orang yang tidak mahu belajar dengan sengaja.. jauh berbeza.. walaupun last minute belajar tapi dy tetap mahu belajar. jd tahniahla anda ye sebagai seorang mahasiswa…
Kenapa saya katakan tahniah untuk anda menjadi seorang mahasiswa? Emm,, banyak jawapan dan fikiran kan di minda kalian… dan saya pun mempunyai jawapan yang tersendiri yang mana berbeza dan sangat berbeza kita sebagai seorang pekerja dan pelajar… saya sudah mempunyai pengalaman itu dan saya ingin kongsikan bersama kalian.. cewah.. macam ahli motivasi plak…
Ok.. sahabat2 yg saya sayangi sekalian, kita sekarang berada di lubuk emas, gudang ilmu, ramai sebenarnya tidak perasan. Anda akan sedar apabila anda sudah bekerja, rutin harian anda akan berbeza dengan orang yang bekerja.. ketepikan soal masalah duit.. kerana bekerja bukanlah asbab utama dapat rezeki.. yakin pada Allah jika anda mahu belajar, rezeki itu pasti & pasti akan datang pada anda.. tapi usaha itu perlu.. seperti juga orang yang mahu bernikah,, walau mcm mna pun dia disebabkan dia ingin mengikut sunnah rasulullah utk bina masjid maka akan datang lah rezeki.. “Ar Rahman Ar Rahim” ingat… Usaha tangga kejayaan =).. (huhu bab kahwin plak)
“Mahasiswa”, banyak yang anda boleh belajar, belajar berdikari, menuntut ilmu, belajar pengurusan berpersatuan, bersukan, berkepimpinan, tarbiyah rohani jasmani mental & intelektual & mudah untuk bertanya lecturer sekiranya keliru atau tidak faham tentang sesuatu pelajaran atau hukum & jangan lupa mahasiswa jugak perlu cakna dengan isu semasa di Malaysia,, kerana kita tidak tahu siapa dikalangan kita mahasiswa sekarang yang akan menjadi pemimpin Negara.. siapa tahu anda adalah salah seorang nya,, so, gunakanlah masa anda mulai sekarang. Belajar sahaja pun tidak boleh, praktikkan.. tambah2 kita mahasiswa yang berada di luar Negara.. banyak lah belajar dengan orang arab atau orang putih.. tapi ingat jangan salah pilih.. ambil yang jernih buang yang keruh..
Anda juga sebenarnya boleh mencari duit ketika menjadi pelajar.. xcaya?? Cuba buat.. hehe.. banyakkan peluang kita sebagai mahasiswa,, ilmu dapat, rezeki datang, dan macam2 lagi lah.. tapi perlu diingat semuanya ini apabila jiwa kita katakan ‘mahu’ . seperti aku mahu menulis jadi aku perlu menulis, aku mahu belajar jadi aku perlu belajar.. aku mahu berubah jadi aku perlu ada usaha utk berubah!
“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yg meubah dirinya sendiri”..
Ingatlah sahabat2 walau di mana anda belajar, di oversea atau di dalam Malaysia, ingatlah, peliharalah aqidah kita, sebarkan islam seluasnya, jaga akhlak kita, dengan akhlak orang akan nilai kita.. apa yg paling penting dapatkan restu ummi abah kita,, “keredaan Allah terletak kepada keredaan kedua ibu bapa kita” dekatkan diri dengan Allah, InsyaAllah kita tidak akan berseorangan dan Allah akan hadirkan sahabat2 yang dapat meriangkan dan membantu kita.. Allah.. Allah.. Allah adalah segalanya..
SeLamat menuntut iLmu.. wassalam (^_^)
p/s : akan datang “Auku dimansuhkan??? Mahasiswa berpolitik??..
Posted by KamiLin at 6:08 AM 0 comments
Labels: mahasiswa
Thursday, October 6, 2011
Perkongsian Mutiara hati
Ukhwah
Kadangkala kita perlu mengalah...
Mengalah tak bererti kalah...
Ianya bukan tentang betul atau salah...
Ianya tentang ukhwah....
Selagi mana tidak bertentangan dengan Allah...
MilikNYA
Kita mungkin boleh melakar peta perjalanan...
Tapi kita tak boleh tahu sampai mana penghujungnya...
Kerana landasan yang digunakan untuk sampai ke destinasi adalah hak milik-Nya...
Bahkan kita dan setiap isi alam adalah hak milik-Nya...
... Kutip, bawa, guna dan upgrade ilmu, iman & amal
sepanjang persinggahan yang dilalui...
Dan mulakan langkah dengan nawaitu kerana Ilahi...
Itulah sebaik-baik pengembara yang bergelar Hamba Allah...
(sekadar madah berhikmah buat renungan diri & semua)
HASIL NUKILAN DARI UKHTI AL ADAWIYAH.. KAKAK SY.. =)
Posted by KamiLin at 1:44 PM 0 comments
Labels: iLmu
Friday, July 8, 2011
(BERSIH 2.0) Demonstrasi itu harus, provokasi itu haram.
Posted by KamiLin at 10:12 PM 0 comments
Labels: isu semasa
Friday, June 17, 2011
Gerhana Bulan *lihatlah yang tersirat*
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحاته ، ولكن يخوف الله بهما عباده ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله ، وكَبِّرُوا ، وصَلُّوا ، وتصَدَّقُوا ، حتى ينكشف مابكم – رواه البخارى ومسلم عن عائشة
Bahawa matahari dan bulan adalah dua tanda kekuasaan Allah, gerhana matahari dan bulan bukanlah tanda kematian seseorang tetapi sebagai tanda supaya hamba-hamba Allah takut kepada Allah, Maka apabila melihat gerhana hendaklah kamu berdoa, bertakbir,melakukan solat dua rakaat sehingga hilanglah apa yang telah berlaku.
Kitab Tahziful At-Raful hadis.m/s;87.
__________________________________________________
Assalamualaikum sahabat2.. :)
Apa khabar imanmu hari ini? Semoga kita semua sentiasa menambah amal soleh & sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt yang Maha Agung...
Sungguh, kekuasaan Allah adalah segala-galanya.. Dialah yang menciptakan Alam ini dengan cantik & indah sekali. Semuanya besebab dan mempunyai hikmah yg sangat bernilai jika kita benar-benar menghayatinya.. Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. Aku bersyukur padaMu.
Unik kan kejadian yang Allah ciptakan ini. Bagi hamba Allah yang sentiasa mengkaji Alam ini & berfikir tentang kekuasaanNya.. Disitulah kita sentiasa bermuhasabah betapa kerdil dan hinanya kita disisi Allah.. Ya Allah, aku memohon ampun padaMu..
Sepintas lalu, untuk kita refresh semula sewaktu belajar bab gerhana di sekolah dahulu.. bagaimanakah gerhana bulan terjadi? erm..
Semoga kita semua mendapat manfaat & maghfirah dariNya. Amin. selamat beramal.. =)
Wassalam.
Unik kan kejadian yang Allah ciptakan ini. Bagi hamba Allah yang sentiasa mengkaji Alam ini & berfikir tentang kekuasaanNya.. Disitulah kita sentiasa bermuhasabah betapa kerdil dan hinanya kita disisi Allah.. Ya Allah, aku memohon ampun padaMu..
Sepintas lalu, untuk kita refresh semula sewaktu belajar bab gerhana di sekolah dahulu.. bagaimanakah gerhana bulan terjadi? erm..
Cuba sahabat2 perhatikan gambar di atas dimana gerhana bulan terjadi apabila ia tersusun pada garis lurus.. Subhanallah...
Sebagai seorang muslim, apakah kita hanya melihat keunikan gerhana itu sahaja? Apa yang kita harus lakukan jika melihat gerhana bulan atau matahari ini terjadi di tempat kita? Jom sahabat2 kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana ini...Semoga kita semua mendapat manfaat & maghfirah dariNya. Amin. selamat beramal.. =)
Wassalam.
Posted by KamiLin at 3:01 AM 0 comments
Labels: iLmu
Sunday, June 5, 2011
10 pintu SYAITAN masuki diri manusia
Assalamualaikum shbt2... =) apa khabar imanmu..? Moga semakin mantap.. emm, IMAN? boleh yazid dan boleh yanqus.. jadi moga kita semua sama2 sentiasa bermuhasabah diri setelah apa yg kita lakukan di dunia ini yang penuh kelalaian... kecuali..
Ia juga peringatan buat diriku yang tak lepas dari melakukan kesilapan & kesalahan... Hmm sahabat2 nak tahu..? Sebenarnya Malaikat dan syaitan sentiasa berlumba-lumba menguasai hati manusia. Syaitan? sentiasa sesaat mahu menawan pemilik hati itu terutama sekali umat islam agar melanggar perintah Allah.. Mereka sangat suka lihat kita tak pakai tudung, tidak solat, menipu, berzina, pergaduhan sesama muslim.. smuanya hanya kerana inginkan pangkat kemewahan dunia... Astaghfirullahal'azim.. Na'uzibillah..
Hmm, saya pun nak tahu jugak apa lah pintu yg syaitan dpt masuk dalam diri kita ni.. Jom shbt2 kita tengok...: -
- Sifat sombong & angkuh: Allah berfiman yg bermaksud: "jangan engkau memiringkan pipimu terhadap manusia krn kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yang berlenggang dlm perjalanannya krn sombong & bermegah-megah" (surah lukman:18).
- Sifat bakhil & kedekut: Firman Allah yang bermaksud: "sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendakiNya (menurut undang2 & peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkan. Sesungguhnya Dia Maha Mendalami PengetahuanNya lagi maha melihat akan hambaNya" (al-israk:30).
- Sifat Takbur apabila dia merasakan dirinya sudah lengkap: Firman Nya: Sesungguhnya orang yang sombong mnymbhKu, balasannya ialah neraka & akn rasa terhina." (al mukmin:60).
- Sifat Riak & suka dipuji: Rasulullah bersabda, maksudnya: "3 perkara yang membawa kecelakaan ialah org yang kikir & disegani, org yag mengikut hawa nafsunya dan org yang bangga dgn dirinya sendiri..
- Sifat Hasad dengki: Rasulullah juga bersabda yg b'maksud: Hindarilah kamu drpd perbuatan hasad kerana dpt memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering".
- Sifat suka memandang remeh kpd orang lain: Abu Umamah pernah meriwayatkan: "3 orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu & imam yang adil."
- Sifat ujub atau bangga diri.
- sifat suka bersenang lenang: Menurut Imam Ahmad(diriwayatkan oleh Abu Naim drpd Muaz Jabal) bermaksud: "jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang lenang shj."
- Sifat suka berangan-angan. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha sedaya upaya bg memperoleh kesenangan, selepas berusaha & berikhtiar itu lah Islam meminta umatnya bertawakkal & menyerah kpd ketentuanNya.
- Sifat suka berburuk sangka. Rasulullah bersabda, bermaksud: "nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. sebenarnya org yang berkata itulah yang paling rosak" (Riwayat muslim).
Apabila hati sudah bertaut dgn sifat mazmumah akan mudhlah syaitan menyesatkan manusia. Smoga kita dijauhkan dari segala sifat yang dibenci Allah itu..Amin.. sentiasalah kita menyebut "Aku berlindung dari Syaitan yang direjam". wassalam.
Posted by KamiLin at 2:08 AM 0 comments
Labels: iLmu
Tuesday, March 15, 2011
Hebatnya Guru Apabila diTaRbiaH...
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang kurindui kerana Allah.. Smoga kalian sihat dgn IzinNYA..
Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat Iman & kesihatan yang baik buat diri kita. Syukurlah di atas segala nikmatNya. Lama sudah insan yang lemah ini tidak menulis di blog yang kian dilupai... emm sepi tanpa berita..
Alhamdulillah, sekarang, diri ini muncul sebagai seorang guru terhadap anak didik Tahfiz... terasa diri begitu kerdil untuk memikul amanah yang ditugaskan untuk diri ku... Dahulu aku menulis bergelar sebagai seorang MAhaSisWa.. Kini Aku menulis bergelar sebagai seorang guru yang masih mahu belajar & mencari Pengalaman... Ternyata sungguh hebat rupanya menjadi seorang guru, pengorbanan yang sangat berharga...Aku sangat merindui guru-guruku yang telah mendidikku sehingga ke tahap ini. Terima kasih cikgu, terima kasih ustaz, terima kasih ustazah, syukran Muallim & Muallimah, Tq teacher, Tq sir, Tq Miss.. Uhibbukum Fillah...
Di sini lah tempat keduaku ditarbiah, setelah yang pertama aku melibatkan diri di Al Azhar Members (ALAM) KUIS. Terasa sangat rindu dengan ukhwah sahabat-sahabat. Beramal kerana Allah... Susah & senang sntiasa bersama..
HeBaTnya Seorang Guru apabila DITARBIAH,
Anak didik menjadi hebat apabila dididik oleh guru yang ditarbiah
Anak Remaja menjadi hebat apabila dididik oleh guru yang ditarbiah
Mahasiswa menjadi hebat apabila dididik oleh pensyarah yang ditarbiah
Kenapa mereka hebat?
kerana seorang guru juga sedia untuk menerima Tarbiah.
Mereka Sedia untuk Berkorban
Mereka bersabar dengan anak didik mereka
Mereka sentiasa Menghidupkan usrah
mereka sentiasa solat berjemaah
mereka tidak pernah meninggalkn al mathurat
Walau sesibuk manapun mereka
Allah sentiasa bersama
Mereka menerima TarBiah ISLAM dengan hati yang penuh Ikhlas
Mereka sentiasa mendoakn untuk kebaikan anak didik mereka
ujian dan rintangan itulah yang dapat meningkat iman mereka.
Tidak hairanlah
jika mereka digelar seorang Daie yang sangat berhikmah
Ketegasan mereka adalah untuk kebaikan
Teguran mereka adalah untuk peringatan
Semua ini kerana,
kita sering lupa & lalai
Mesti ada insan yang perlu m'ingatkan
tidak kira siapapun kita pada akan datang
jika kita ditarbiah oleh guru yang juga hebat diTarbiah
kita menjadi Insan yang hebat di Pandangn Allah
Justeru,
setiap apa yang kita mahu belajar
haruslah berguru,
Bergurulah dengan Insan yang ikhlas mahu mendidik kita menjadi orang yang hebat,.
Bagiku, sungguh hebatnya seorang guru apabila ditarbiah.
Terima kasih warga sekolah Tahfiz Al Islah & Sek Men Arab Tahfiz (STAIL & SMART) kerana memberi peluang kepadaku untuk menjadi seorang guru...
Wassalam
Posted by KamiLin at 12:35 PM 0 comments
Labels: guru
Subscribe to:
Posts (Atom)