? ??????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??4 Grabs Today. 4714 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Rainbow? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 8417 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Sailing Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (49 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

PeSanaN buaT Semua

Ummah telah dinodai,
merintih hatiku ini,
mestikah kita berdiam diri,
Daulah Islam tiada lagi.

Sejarah telah Membuktikan,
ISLam kuasa besar dunia,
Mengapakah kini semuanya sepi,
di mana kesedaran diri.

Indahnya zaman Rasulullah,
Berjuang menegakkan ISLAM,
Darah mengalir di jalan Allah,
Jahiliyyah hancur berkecai.

Kita Semua harus ingat,
Berdakwah satu kewajipan,
Tapi cubaan pastikan datang,
Pada Allah kita berserah.

Bangun Wahai saudaraku,
Bersatu bergandingan Bahu,
Bersamalah kita memerah tenaga,
ISLAM KAN GAGAH DI ALAM RAYA!

Saturday, December 27, 2008

MaaL hiJrah, Tahun Baru Menjelma. Tapi...

Kehairanan, keraguan mula bermain di fikiran... tatkala yg laen sbuk mnulis d blog tntg isu PRK.. tp khidupan yg real nya spt 'besa ja' bak kata loghat utara..hehe.. Ops, Astaghfirullahal'azim.. lupa nak bg salam,hehe. Assalamualaikum shbt2.. spt biasa hari demi hari sudah pun berlalu. Sambutan maal hijrah yg hmpir tiba ni perlu kita m'hayatinya. Selalunya ana catit dahulu sblm nak tulis kat blog ni.. tp idea spontan yg terlalu bermain2 di fikiran mmbuat ana nak tulis apa yg terlintas di fikiran ni.. Bukannya apa, cuma nak cerita skit tntg pandangan kaca mata hati ana.. jadi kalau tulisan kat blog ni cam tak betul skit, buat xtau je lah yer..
Firstly,hehe cam byk je nak crita ye.. ana sngaja letak maal hjrah, thn baru, PRK(pilihanraya kampus) dlm satu tajuk. sebab apa?? sebab... nak dijadikan cerita kat sini, sblm tu,hehe ana tabik la kat sapa2 yg cuba utarakan dan meluahkan segala yang bermain di fikiran mereka tentang isu PRK ni.. Syukur Alhamdulillah kerana ada segelintir mahasiswa yg sedar tntg isu PRK ni, hmm ana sedar tak?? nak kata x sedar tntu tak ada punya nak cerita kat blog ni.. tp mgkn terlewat sket kesedaran tu datang baru terhasil tajuk ni.. bukan nya apa, ana x brani nak tulis sesuatu benda yang ana tak tau, ini bukan bleh buat main2.. setiap yg kita tulis ni, msti lah cuba kaji dan phm kenapa kita letak tajuk sekian2.. bukan main hentam jer.. jadi hanya akan cerita stakat yg ana tau ja, ana cuba bukak blog sahabat yg mmbncangkan tntg isu2 PRK, mcm2 ana dapat.. sahabat ni kata cam ni.. sahbt tu kata cam tu.. ana plak nak kata cam mana?heh.. ana ada terbaca tntg risalah Badar, bagus jgk edarkan.. tp yg nak kne tanggung tu bukan ana,hehe. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala usaha kita demi menegakkan agama Allah, jalan yg benar lg yakin sehingga bawa ana smpai ke sini.
Secondly,hehe.. kita berbalik pada tajuk td sbb apa ana ltak 3 dlm satu tajuk?"kelewatan Pilihanraya Kampus KUIS adakah satu muslihat besar ?"spt dlm risalah BADAR. ana setuju ia diedarkan oleh MAHASISWA sebab dpt membuka mata yang tertutup supaya kita "buka minda sedar segara" kita harapan agama bangsa dan negara. dah la nak crita tntg politik yang berlaku di luar kampus pon susah, bila msk je bab tu sumanya sensitif, jadi hal2 dlm kampus ni lah kita perlu peka termasuk lah ana ni.. apabila ana tnya kwn2 yg len tng PRK, ade yg bg jwpn "ha'a lar bila yer?" tak pon ada jgak yg ckap "eh skrg ni musim PRK ke? tak thu pulak." malah ada jugak yg tanya, "knapa cam xdak pape pon." Subhanallah, adus pening di buatnya.. Kita2 ni lah perlu MENGGERAKkan pihak pengurusan 2.. bukan ana nak kata... tp mmg ana nak kata lah.. dulu YA mmg ana ni mmg mlas nak g mgndi, maklomlah sem 1 cam budak2 lg, ana terus terang! sekular je, bukan dkat luar je kat kuis pon sama sekular..Eh, eh crita tntg sekular plak.. tp Alhamdulillah la kpd studnt sem 1 skrng ni kalo ada yg dah sdar.. tp sem satu dulu jgn kata ana tak p mgundi plak, ana pegi tau, ckp je mlas, tp nak tau jgak sapa bakal pimpinan kita. Adakah mnjadi contoh kpd suma dan m'amalkn hukum syariat yg ditetapkan Allah. Mahasiswa yg tentukan. Justeru, rajin2 lah kita g usrah ye supaya fikiran kita ni meluas tntg isu2 smasa..
Okey, yg seterusnya... Bangunan asrama siswa yg sedang di bina kat KUIS ni makin hari makin nak siap, masa kita makin lama makin singkat n semakin menuju kematian, maal hjrah satu perubahan kpd kita m'hampiri 1430 hjrh ni, kalau kita sgkap sej. Nabi s.a.w di mana umat islam dan Nabi s.a.w berhijrah dri kota mekah ke kota madinah, kaum ansar & muhajirin b'satu berkorban harta dan nyawa demi menegakkan agama islam yg tercinta. msti ada juga yg tertanya-tanya knapa tiba2 ana msukkan crita ni.. ia nak bg tahu bahawa setiap drpd kita msti ada perubahan bukan mcm PRK yang tak 'bergerak' pon,lmbat lg ada lah.. maaf lah kalau ayat kasar sket, kluar spontan je ni.. xde nak tapis2 daa.. 1muharram dah nak dekat, 1 Januari dah nak smpai tp PRK xdgr berita pon...bg komen sket apa sbbnya?? salah mahasiswa ke??
Sebenarnya ana pon tak nak cerita pnjang2, nnt ada yg ckap ana membebel la plak. sblum tu, ana nak bg skit la knap kita kena peka dlm politik kampus ni.. "Sebagai contoh kepimpinan Muhammad Rasulullah (s.a.w) di Madinah al Munawwarah dalam menjalankan prinsip-prinsip pemerintahan Islam telah menjadi rujukan penting di dunia sains politik, dari dulu hinggalah ke hari ini. D.B. MacDonald (1903) telah memperakui bahawa di Madinah, di bawah kepimpinan Muhammad (s.a.w) telah terbentuk Negara Islam pertama dan telah meletakkan dasar-dasar politik bagi perundangan Islam yang komprohensif. "
Sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibnu Taimiyyah dan al-Mawardi, politik hendaklah digunakan untuk tujuan memartabatkan agama. Sehubungan itu, orang yang mempunyai kuasa politik hendaklah memahami bahawa kuasa politik adalah amanah yang akan dipersoalkan Allah pada hari kiamat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “setiap kamu adalah penggembala dan akan dipertanggungjawabkan di atas gembalaannya”. Ini menunjukkan tentang tanggungjawab berat dihadapan Allah terhadap orang yang dipimpin. Berdasarkan hadis serta pandangan ulama seperti yang dikemukakan di atas, politik mempunyai tempat yang istimewa dalam islam. Islam tidak memisahkan soal keduniaan dan keagamaan dalam islam.
Justeru, tanggungjawab kita lah utk tentukan siapa bakal pemimpin kita di bumi KUIS yang tercinta ini... :) wassalam..

Sunday, December 14, 2008

DaHuLu dan SeKaRang

DAHULU kecil SEKARANG meningkat dewasa
DAHULU jahil SEKARANG berusaha mencari ilmu selagi bernyawa
DAHULU terasa kekosongan SEKARANG ketenangan yang dicari
DAHULU tak tahu SEKARANG tahu
DAHULU dunia yang dicari SEKARANG seimbangkan dunia akhirat
DAHULU islam hanya pada nama SEKARANG menjiwai islam yg sebenar
DAHULU ingin dicintai manusia SEKARANG terasa malu kepada ALLAH
DAHULU 'rilex' je SEKARANG bukan lagi masanya
DAHULU diam buat 'dnt know' je SEKARANG mula tertanya-tanya
DAHULU terasa susah keseorangan SEKARANG susah senang sentiasa bersama sahabat seperjuangan
DAHULU nak saje berteman SEKARANG cuba berdikari
DAHULU tak suka SEKARANG suka, emm.. suka kpd ape ye? Kuis sumber ketenangan kerana di sebalik KUIS inilah terdapat 1001 kemanisan yang tersirat yang hanya dapat dirasai oleh seseorang yang ingin mencarinya. Ya Allah Kau Maha Hebat!
DAHULU lain SEKARANG lain.
Bukan saje-saje ana lontarkan luahan dalam blog ini, tetapi untuk sama-sama kita tahu diri kita ini perlu sentiasa ada perubahan drpd tidak baik kpd baik, drpd baik kepada terbaik, daripada terbaik kpd ingin menjadi lebih terbaik di antara terbaik. Jadilah diri kita insan yg sederhana di dunia ini tetapi luar biasa baik akhlak, iman dan taqwa di sisi Allah. Muhasabah diri mengingatkan ana betapa kerdilnya ana di sisi Allah...

Friday, December 5, 2008

SeLamaT MenuNaiKan IBadAH KoRBaN


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua sahabat2...

Wah.. nampaknya semua kalut2 bersiap-siap nak blek kampung ye menjelang hari raya aidiladha ni.. Ana pun kalut nak bersiap ni, satgi mlm nak bertolak ke B.Mertajam,org penang..hehe... saje ambil peluang ni nak tulis kat blog sat.

Setelah sumanya pakat berhempas pulas dan berjuang menuntut ilmu di bumi KUIS yang barakah ini. Tetapi ingat, perjuangan kita belum selesai, abes je cuti ni rmai yg ada exam, dan penghantaran assignment, tak kurang jugak ade yg kena presentation, hmm ana salah sorang nye. Sebenarnya ilmu yang kita pelajari dan perjuangan menegakkan islam adalah sama pentingnya. Ingat ye, kita jgn hanya datg KUIS ni smata-mata nak blajar je tp gunalah peluang kita sebagai mahasiswa ni dalam memperjuangkan agama islam dan gunakan hak kita sebagai mahasiswa islam sebaiknya..

Sebenarnya ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat islam yang memasuki dalam ruangan blog ni. Jadilah kita berguna untuk masyarakat, sedia berkorban nyawa, harta,masa, tenaga demi menegakkan agma islam. Berhati-hati di mana sahaja kalian berada ya, jgn bawak laju2 nnt jd mngsa korban plak. Ingatlah keluarga tersayang dan perjuangn kita dlm menegakkn agama Allah. doakn ana juga smoga selamat sampai dan selamat pulang.
Bagi yang tak pulang dan beraya di KUIS yang cantik ni di atas sebab2 tertentu ana juga ingin ucapkan selamat menunaikan ibadah korban dan dikesempatan ini juga ana ingin memohon maaf andai ada salah dan silap kepada sesiapa saja yang membaca blog ana ni..

Thursday, November 27, 2008

Ya ALLAH, BerSiHkanLah JiWA KaMi



Assalamualaikum dan salam mahabbah,salam rindu buat ummi dan abah, kakakku, abangku dan adik-adikku yang comel,hehe serta tak lupa juga buat sahabat-sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang memasuki dalam ruangan ini. Semoga kalian sihat dengan izinNya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih mengizinkan ana untuk mengisi ruang dalam blog yang ala simple ni untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan saling mengingati antara satu sama lain. Kita sebagai hamba Allah tidak akan terlepas dalam melakukan kesilapan tanpa kita sedari dan tanpa kita bermuhasabah. Kadangkala kita terlepas pandang, leka dan lalai. Justeru, kita sendiri perlu belajar, memahami, berusaha mencari dan pergi ke usrah2 yang boleh mentarbiyah diri kita dalam membentuk peribadi seorang muslim yang sebenar dan mengamalkan dalam kehidupan seharian kita. Dalam mencari sahabat pula, sahabat amat penting buat diri ana kerana ana sendiri memerlukan sahabat iaitu sahabat yang solehah dan beriman. Ia juga umpama cermin buat kita. Ukhwah yang terjalin antara kita tidak akan terputus jika kita berlandaskan iman, dan dengan ukhwah yang kukuh inilah dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita. susah dan senang sentiasa berdamping dengan kita dan menegur kesilapan kita kerana sahabat menyayangi kita kerana Allah. Dengan ukhwah yang b'paksikan iman dan taqwa ini juga sebenarnya dapat melapangkan dan menenangkan jiwa kita. Ukhwah fillah abadan abada.. Terima kasih Ya Allah di atas pemberian nikmatmu.. hehe.. ni baru muqaddimah.. isi nya belum masuk lagi...
Untuk mendapat jiwa yg tenang, memang byk kaedahnya, cuma antara rajin dan malas serta niat dan amalan kita shj. Tepuk dada tnya iman kita, sejauh manakah kita sentiasa b'ingat kpd Allah?? Adakah setelah hati kita berasa susah dan gelisah? dan di manakah hati kita sewaktu kita b'senang lenang, adakah kita selalu ingat kpd Allah yg Maha Kuasa?? Wahai sahabat-sahabatku, tidak kira walau di mana dirimu berada sama-sama lah kita sentiasa b'ingat kpd Allah. Ajal dan maut di tangan Tuhan, bila2 sj kita boleh meninggalkan dunia yg fana ini. Justeru, sama2 lah kita bersihkan jiwa kita dengan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah.. Tetapi, bagaimana caranya??? Al Quran lah jawapannya.
Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas kita bukan hanya ujian semata-mata malah dapat mendekatkan diri kita dgn-Nya. Dalam kehidupan seharian sebenarnya kita tidak boleh lari daripada m'hadapi masalah yg timbul sama ada b'punca dari diri sendiri atau orang lain. Kadang-kadang kita akan rasa tidak sabar, cepat nak melenting, 'give up', dan bermcam-mcm lagi sehingga kita lupa kpd Allah. Di dalam surah Al-Nisa':8 yg b'mksd:"Allah meringankan bagi mu p'aturan2 agama dan manusia dan manusia itu dijadikan bersifat lemah." Maka, apa yang perlu kita lakukan??
Dr.Amaludin Ab. Rahman ada m'huraikan beberapa cara untuk menyucikan jiwa kita, antara amalannya:
  • solat wajib dan solat sunat
  • puasa wajib dan sunat
  • mengeluarkan zakat
  • menunaikan haji
  • membaca Al Quran
  • Berzikir dan berdoa
  • Muhasabah diri
  • Jihad, amar maaruf nahi munkar dll.
Firman Allah yang bermaksud," mereka yg mengingati Allah baik waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah engkau menjadikan ini dengan sia2..(surah ali Imran:191). Kehidupan kita ini tidak boleh lari daripada masalah dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah.
Aqidah merupakan asas kepada kita, dengan akidah, hati seseorang dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan. Dengan aqidah Islam juga akan menghasilkan manusia yang tenang jiwa raganya. Untuk mendapat fahaman yg sefikrah dalam memperjuangkan agama Allah kita mestilah bersedia jiwa dan raga terlebih dahulu. Jika kita slalu menyebut "tidak ada perjuangan kalau tidak ada pengorbanan" tetapi ana ingin tmbahkan lg tidak ada fikrah yang satu kalau kita tidak ada kefahaman jiwa yang sebenar.

Monday, October 27, 2008

HaTi Vs AkaL


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat, diharap hari yang barakah ini kita mendapat perlindungan, keberkatan dan keredaan daripada Allah s.w.t. Hati vs akal itulah blog pertama ku, Alhamdulillah, akhirnya ana mempunyai blog sendiri, syukran yg tidak terhingga buat ukhti mujahidah hayati yg banyak membantu ana dan sahabat2 ana dalam menghasilkan blog sendiri. blog ini adalah buat tatapan ana dan semua sahabat2.
Hati dan Akal sebenarnya sgt berkait rapat seperti langit dan bumi, ia tak boleh dipisahkan. Ia adalah kekuatan di dalam jiwa kita. Hati dan akal yang kita miliki sangat istimewa dan berharga buat diri kita yang lemah disisi Allah.
Di dalam Al Quran pun terdapat perbezaan antara hati orang yang beriman dan orang kafir.
firman Allah yang bermaksud:"Orang-orang yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kepadaNya"(Al=Anfaal:2).
Maksud di atas ini menggambarkan hati orang2 yang beriman. Bagi hati orang kafir juga terdapat di dalam Al Quran, Allah berfirman yang bermaksud,"Sesunggguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Al=Hajj"46).
Semoga Allah sentiasa pelihara diri kita dalam islam dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman, ameen.
Kita juga perlu bersyukur kerana dikurniakan akal fikiran. segala yang Allah ciptakan mesti mempunyai sebab dan tujuan untuk kita berfikir terhadap kurniaanNya. Kerana akal juga kita dapat membezakan antara sifat mahmudah dan mazmumah. Ana ada terbaca di dalam buku tentang islam dimana di dalam tulisannya ada tertulis "cahaya akal tidak dapat dipadamkan oleh sesuatu kecuali maksiat." cahaya akal ini diberikan kepada orang2 mukmin yang melihat sesuatu perkara dengan cahaya dari Allah yang dapat melihat sesuatu disebalik tutup yang halus. Fiman Allah yang bermaksud,"Barang siapa tidak diberi cahaya(petunjuk) oleh Allah tiadalah ia mempunyai cahaya walau sedikit pun." (An-Nur:40).
Justeru, sesiapa yang melakukan maksiat termasuklah diri ana yang hina disisi Allah, cepat-cepatlah kita insaf dan bertaubat. Rasulullah s.a.w telah bersabda"sesiapa yang melakukan dosa akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanya buat selama2nya."
Setakat ini ana dapat coretkan, InsyaAllah jika dipanjangkan usia memang byk lg ana mahu kongsikan untuk sahabat-sahabat semua. Semoga apa yang ana tulis ini juga dapat menjadi amalan untuk diri ana.
wassalam